[Malaysia] Carousell Protection menggunakan GrabPay
Bagaimana untuk melakukan pembayaran dengan menggunakan GrabPay?
1. Pilih GrabPay sebagai cara pembayaran dan pilih 'Make payment'
2. Sekiranya anda mempunyai akaun bersama Grab, anda diperlukan untuk mendaftarkan nombor telefon bersama Grab untuk menerima kod OTP.
3. Sekiranya anda tidak mempunyai akaun Grab atau GrabPay, anda perlu mendaftarkan akaun baru melalui aplikasi Grab.
Bagaimana jika saya tidak mempunyai dana yang mencukupi?
Anda boleh menambah dana akaun GrabPay dengan menggunakan kad kredit/debit. Bayaran online (FPX) tidak diterima oleh GrabPay untuk menambah dana. Penambahan dana diuruskan oleh Grab menerusi pelayar internet 'pop up' di dalam aplikasi Carousell.
Apakah had GrabPay Wallet?
Untuk 'basic wallet', had ialah sebanyak RM500 dan untuk 'full wallet', hadnya ialah sebanyak RM1500. Jumlah minimum yang diperlukan untuk penambahan dana GrabPay 'e-wallet' melalui kad kredit/debit ialah RM20.
Sila layari pusat bantuan Grab untuk mengetahui tentang baki GrabPay Wallet dan had transaksi.
Bagaimana untuk mendapatkan bayaran balik untuk pembayaran melalui GrabPay?
Sekiranya pesanan dibatalkan, pembayaran akan dikembalikan kurang daripada 10 minit melalui Grab 'e-wallet'. Bayaran balik akan dimulakan melalui aplikasi Carousell, bukan aplikasi Grab.
Bagaimana promosi seperti balik tunai dan mata ganjaran Grab berfungsi semasa pembarayan melalui GrabPay?
Promosi tersebut tidak berfungsi di dalam Carousell. Semua promosi akan berlaku menerusi aplikasi Grab.