[Malaysia] Apa itu 'Pending Balance'?
Duit dari hasil jualan anda melalui Carousell Protection akan ditunjukkan sebagai 'Pending Balance' apabila anda klik 'Item mailed out'.
Duit di dalam 'Pending Balance' tidak boleh dipindahkan ke dalam akaun bank anda. Pemindahan hanya boleh dibuat sekiranya duit sudah berada di dalam 'Available Balance'.
Jika ini merupakan kali pertama anda menggunakan Carousell Protection, pastikan anda telah:
- Melakukan pengesahan diri
- Melengkapkan maklumat perbankan
Setelah tempahan selesai, duit akan dipindahkan ke dalam 'Available Balance' dalam masa 1 hari bekerja untuk bayaran menggunakan FPX atau sepantas 2 minit jika bayaran dibuat melalui kad kredit/debit.
Untuk melengkapkan tempahan, pembeli anda perlu klik 'I have received the item'. Jika tidak, tempahan akan selesai secara otomatik selepas 9 hari dari masa penjual klik 'Item mailed out'.
Ia mengambil masa selama 1-3 hari bekerja untuk pemindahan duit ke dalam akaun bank anda.
Hari bekerja: Isnin hingga Jumaat; Sabtu, Ahad, dan cuti umum dikecualikan.
Bila duit sedia dipindahkan ke dalam akaun bank anda?
Duit boleh dipindahkan ke dalam akaun bank jika memenuhi 4 kriteria di bawah:
- Tempahan telah selesai;
- Tiada sebarang pertikaian antara anda dengan pihak pembeli;
- Dana sedia ada di dalam Balance;
- Anda telah melengkapkan proses pengesahan diri