[Malaysia] Bagaimana saya membuat verifikasi identiti?
Sebagai penjual yang menggunakan Carousell Protection, anda perlu melakukan verifikasi identiti terlebih dahulu supaya dapat memindahkan 'Balance' ke dalam akaun bank anda. Proses verifikasi akan mengambil tempoh masa selama 1-3 hari bekerja.
Langkah-langkah untuk mengesahkan identiti anda:
1. Klik ikon "Balance" di halaman profil anda
2. Klik "Verify Now"
3. Isi semua maklumat yang diperlukan dan jangan lupa untuk tanda kotak di bawah
4. Setelah klik "Submit", anda akan dapat melihat "Verifying ID" sebelah ikon "Balance"
5. Kami akan memaklumkan kepada anda setelah IC/MyKad anda berjaya disahkan