[Malaysia] Penghantaran: Perbezaan fi penghantaran
Sebagai seorang penjual yang menggunakan Poslaju dalam melakukan penghantaran, anda akan melihat 'perbezaan fi penghantaran' di dalam Balance anda.
Perbezaan fi penghantaran berlaku di dalam keadaan dimana barangan yang ditimbang di pejabat pos adalah lebih berat dari berat yang dinyatakan melalui iklan anda.
Carousell menolak jumlah yang bersamaan dengan perbezaan fi penghantaran daripada pesanan yang terakhir. Jumlah yang sama akan terpapar di dalam sejarah transaksi.
Contohnya, semasa proses pengiklanan barangan anda, anda telah memilih saiz XS (0-1kg) untuk parsel, dibawah harga RM 6.50. Tetapi, berat asal bersaiz M (3-5kg) dengan harga RM 11.90. Carousell akan menolak perbezaan jumlah ini, iaitu dengan sebanyak RM 5.40 daripada Balance anda.
Untuk mengelakkan perkara ini, sila pastikan anda memilih saiz parsel yang tepat semasa pengiklanan. Pembeli yang akan membayar fi penghantaran.