[Malaysia] Penghantaran: Bagaimanakah cara yang paling baik untuk membungkus bungkusan pembeli?
Sebelum anda menghantar barang kepada pembeli, anda perlu memastikan barangan tersebut telah dibungkus dengan rapi dan ia boleh bertahan sehingga item sampai kepada pembeli. Berikut adalah sedikit tips untuk anda:
- Gunakan kotak yang teguh
- Berikan lebih perhatian kepada barangan yang mudah pecah / rapuh. Pastikan anda nyatakan di bahagian luar bungkusan anda
- Gunakan balut gelembung (bubble wrap), kertas, atau styrofoam untuk memastikan item anda berada di dalam keadaan yang sempurna.
- Pastikan label penghantaran dilekatkan dengan rapi, barcode tertera perlu berada di atas permukaan yang rata
- Jika terdapat label yang lama di bungkusan anda, pastikan ia telah ditanggalkan dengan sempurna.
Jika anda menggunakan khidmat penghantaran PosLaju di Carousell, sila pastikan:
- Nota Konsainan (Consignment Note) telah diisi dengan maklumat pembeli dan penjual yang penuh, jelas, dan tepat.
- Nota Konsainan perlu dilekatkan dengan rapi di atas permukaan rata untuk menyenangkan proses penghantaran
- Nota Konsainan dicetak dengan jelas di atas kertas bersaiz A4 atau kertas lekat (sticker)
- Salinan nota konsainan yang digunakan adalah khusus kepada bungkusan yang telah ditetapkan. Nota pendua tidak boleh digunakan sama sekali.
- Logo Carousell dicetak dengan jelas di atas nota konsainan.
Untuk perhatian anda:
- Saiz minima nota konsainan yang boleh digunakan adalah saiz A6 (105mm x 148 mm)
- Had berat bungkusan: 10kg maksima
- Senarai barangan yang dibenarkan dan barangan terlarang
Pos Malaysia berhak untuk tidak menerima bungkusan anda semasa transaksi berjalan di kaunter atau menahan bungkusan anda (setelah bungkusan diterima oleh kaunter pos), atau dipulangkan semula kepada anda jika:
a. Pembungkusan yang tidak sempurna, tidak mencukupi, atau tidak selamat tanpa perlindungan tambahan dan tidak dapat bertahan semasa proses penghantaran biasa. Pengirim bungkusan mempunyai hak penuh untuk memastikan bungkusan yang dikirim mampu bertahan dan teguh sepanjang proses penghantaran.
b. bungkusan mengandungi barangan yang dilarang atau membahayakan.