[Malaysia] Penghantaran: Apa yang perlu lakukan jika saya tersalah memilih saiz bungkusan?
Untuk iklan yang menggunakan khidmat PosLaju di Carousell
Jika pembeli anda belum membuat bayaran, anda boleh mengubah iklan anda kepada saiz yang betul. Anda hanya perlu klik '•••' dia sudut kanan atas skrin anda dan pilih 'Edit listing details'.
.
Jika pembeli anda telah membuat bayaran, anda tidak boleh mengubah sebarang butiran iklan anda. Penjual perlu menampung kos tambahan jika saiz barang yang dikirim melebihi kos yang telah dibayar. Jika terdapat caj tambahan, ia akan ditolak daripada jumlah yang tertera di dalam 'Balance' anda.
Anda boleh merujuk halaman Bagaimanakah cara untuk mengukur saiz bungkusan saya untuk maklumat lanjut untuk menentukan saiz yang betul untuk bungkusan anda.