[Malaysia] Shipping : Cara penghantaran dengan menggunakan Poslaju
PosLaju tidak menawarkan perkhidmatan pengambilan bungkusan (Pick-up service) tetapi tidak perlu risau, bungkusan boleh diletakan di 800+ lokasi di seluruh negara:
- Kios PosLaju
- Pusat PosLaju
- Ezidrive-thru
- Pos Malaysia
Cari lokasi drop-off yang paling dekat dengan anda di sini.
Catatan: Loker EZIDROP, dan Ejen PosLaju (mis. MBE, CollectCo, 7-Eleven) tidak menyokong ciri ini buat masa sekarang.
Sebelum penghantaran:
- Pastikan 2 helaian Nota Kiriman dicetak, tampalkan 1 helaian di atas bungkusan parcel dan serahkan helaian yang kedua kepada kaunter Poslaju.
- Pastikan parcel anda telah dibungkus dengan rapi bersama dengan Nota Kiriman untuk setiap parcel.
Semasa penghantaran:
- Anda boleh melakukan pengeposan melalui mana-mana cawangan Pos Malaysia atau Poslaju. Servis ini tidak boleh didapati di MBE.
- Pengeposan adalah melalui kakitangan di kaunter Poslaju, bukan dengan menggunakan sistem imbas kod ataupun peti Drop-Off.
- Isi borang PL9 atau serahkan borang penyataan (sekiranya anda tidak mempunyai borang PL9). Sila simpan borang PL9 sebagai bukti penghantaran.
Di bawah ialah contoh borang penyataan:
- Status penghantaran akan dikemaskini melalui aplikasi Carousell di dalam 3 jam selepas pengeposan.
Waktu operasi Poslaju
Harap maklum, bermula pada 1 Februari 2020, semua cawagan Poslaju akan ditutup setiap hari Sabtu pada minggu yang ketiga. Ini tidak termasuk cawangan Poslaju yang terdapat di pusat membeli belah, kiosk dan Poslaju yang beroperasi 5 hari setiap minggu.
Semua waktu operasi Poslaju boleh berubah tertakluk kepada Poslaju. Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila rujuk kepada laman sesawang Pos Malaysia.
Cawangan yang menawarkan Priority Lanes
Sekiranya anda melalukan pengeposan melalui Carousell, anda boleh menjimatkan waktu pengeposan dengan menggunakan Priority Lanes.
Terdapat 88 cawangan Poslaju di seluruh Malaysia yang menawarkan Priority Lane. Untuk perhatian anda, anda perlu mengambil nombor giliran sekiranya anda memilih cawangan yang tidak mempunyai Priority Lanes untuk melakukan penghantaran. Untuk mendapatkan senarai cawangan yang mempunyai Priority Lanes, sila rujuk kepada laman sesawang Pos Malaysia.