[Malaysia] Penghantaran: Bagaimana mencetak atau mencetak semula label penghantaran?
Tahniah! Anda telah menerima pesanan Carousell Protection dan pembeli anda memilih PosLaju sebagai kaedah penghantaran mereka. Sebelum menuju ke mana-mana cawangan Pos Malaysia atau PosLaju, anda perlu menyediakan bungkusan anda dengan mencetak label penghantaran. Anda akan melihat pilihan untuk "Prepare for delivery" di dalam chat:
Dari sana, anda akan diminta memasukkan maklumat dan alamat anda. Setelah selesai, label penghantaran akan dihantar ke e-mel anda.
Harap maklum bahawa label penghantaran ini harus dicetak di rumah anda sebelum anda menuju ke cawangan Pos Malaysia atau PosLaju, kerana tiada perkhidmatan percetakan label di lokasi cawangan.
Bolehkah saya mencetak semula label penghantaran?
Jika terdapat apa-apa kesalahan terhadap nota konsainan (consignment note) yang telah dijana, anda hanya boleh membetulkan apa-apa butiran yang sepatutnya. Nota Konsainan baru hanya boleh dijana sekali sehaja. Setelah dijana, anda tidak lagi boleh nota konsainan lain. Pastikan nota konsainan anda mempunya butiran yang tepat dan ini termasuk nama penuh, nombor telefon, alamat emel, dan poskod. Anda tidak boleh membetulkan apa-apa butiran di kaunter PosLaju
[Penting] Sila pastikan nota konsainan anda:
- Butiran pembeli dan penjual telah diisi dengan penuh, tepat, dan jelas.
- dilekat dengan teguh atau dilekatkan atas permukaan rata untuk menyenangkan proses penghantaran.
- dicetak dengan jelas menggunakan kertas bersaiz A4 atau kertas lekat (sticket label). Saiz minima nota konsainan yang dibenarkan ialah saiz A6 (105mm x 148mm).
- Logo Carousell dicetak dengan jelas di atas nota konsainan
- adalah nota konsainan cetakan asal; bukan cetakan pendua.
Untuk menjana semula nota konsainan anda, klik 'Prepare for shipping' > 'Made a mistake? Get a new shipping label.'