[Malaysia] Terdapat 2 jumlah yang berbeza di dalam penyata akaun saya selepas saya memindahkan baki daripada Carousell?
Anda boleh memindahkan 'Available Balance' ke akaun anda pada bila-bila masa. Jika anda memindahkan baki yang terdiri daripada beberapa transaksi, transaksi ini akan dapat dilihat melalui 2 amaun yang berlainan dipaparkan di dalam penyata akaun. Jangan risau, ini adalah normal dan dijangka. Anda masih akan menerima jumlah yang sama yang dipindahkan daripada 'Balance' Carousell.
Ini adalah kerana pembeli anda menggunakan 2 cara berbeza untuk membuat bayaran untuk transaksi anda apabila Carousell Protection digunakan.
Sebagai contoh:
Anda mempunyai RM50 di dalam 'Available Balance' daripada 2 transaksi.
- Untuk transaksi pertama, pembeli anda membayar RM20 menggunakan 'online transfer' (FPX)
- Untuk transaksi kedua, pembeli anda membayar RM30 menggunakan kad debit/kredit
Setelah jumlah ini dipindahkan kepada akaun bank anda, amaun ini akan terbahagi mengikut kaedah pembayaran yang dipilih secara automatik. Jumlah akan dipaparkan akan menjadi RM20 dan RM30 di dalam penyata akaun bank anda.