[Malaysia] Carousell Official Delivery: Apa yang perlu dilakukan jika saya menerima bungkusan yang rosak?
Untuk penjual yang menggunakan khidmat PosLaju menerusi Carousell:
- Pembeli perlu membangkitkan pertikaian dalam sembang dengan mengetik pada 'Return/Refund' dalam hari yang sama* selepas menerima bungkusan yang rosak.
- Serahkan foto bukti bungkusan yang rosak kepada penjual dalam sembang
- Penjual hendaklah menyerahkan laporan kepada PosLaju dalam tempoh 48 jam selepas pembeli menerima bungkusan* dengan berbual dengan mereka di sini
- Selepas menyerahkan laporan anda, anda sepatutnya menerima nombor kes daripada PosLaju
- Hubungi Pasukan Sokongan Carousell dan berikan kami nombor kes anda
- Carousell akan menghubungi anda dan memastikan anda dikemas kini melalui e-mel
Nota: PosLaju mungkin akan meminta anda menghantar dokumen sokongan untuk memulakan proses tuntutan.
Salinan MyKad / passport
Gambar bungkusan yang rosak; merangkumi kerosakan dan sebagainya.
Had maksima tuntutan boleh diabuat ialah sebanyak RM300 atau harga barangan tersebut (mana-mana nilai yang lebih rendah)
*Memandangkan PosLaju mempunyai tempoh 48 jam dari tarikh bungkusan diterima untuk membangkitkan isu, sebarang kelewatan yang disebabkan oleh mana-mana pihak akan menjejaskan keputusan pertikaian – pembeli yang gagal mematuhi tarikh akhir yang diberikan mungkin tidak akan dikembalikan pemulangan wang, dan penjual yang gagal mematuhi tarikh akhir yang diberikan mungkin tidak diberi pampasan sewajarnya.
Untuk penjual yang menggunakan kaedah SPX Express atau penghantaran lain dengan Buyer Protection:
Jika bungkusan anda dihantar melalui SPX Express atau kurier tersuai yang diatur oleh penjual, berikut adalah perkara yang perlu dilakukan:
- Petikkan gambar bungkusan dan barang yang rosak dengan jelas dan memuat naikkan ke dalam aplikasi.
- Pilih ‘Return/Refund’ pada aplikasi Carousell.
- Memberitahu penjual anda tentang isu tersebut.
- Penjual harus memilih ‘Raise issue to Carousell’.
- Penjual harus melampirkan gambar barang yang diambil sebelum penghantaran, jika ada.
- Pasukan Sokongan kami akan menghubungi anda melalui alamat e-mel berdaftar Carousell anda dan menasihati anda tentang langkah seterusnya.