Cara Kekal Selamat di Carousell
Walaupun Carousell sentiasa berusaha untuk mengesan dan mencegah penipuan, sentiasa berwaspada dari pengguna adalah langkah utama untuk urus niaga yang selamat. Panduan ini merangkumi langkah-langkah utama yang boleh anda ambil untuk melindungi diri semasa membeli atau menjual.
Langkah-langkah Utama untuk Urus Niaga yang Selamat
1. Kekalkan semua komunikasi di Carousell
Scammer (penipu) sering cuba memindahkan perbualan ke platform chat yang lain seperti WhatsApp atau Telegram untuk mengelakkan sistem pengesanan kami. Jika pengguna berkeras untuk menukar aplikasi, ia adalah satu tanda amaran. Penjual yang bereputasi akan menghormati pilihan anda untuk kekal berkomunikasi di Carousell.
2. Jangan sekali-kali kongsi maklumat peribadi atau pembayaran
Berhati-hati dengan sesiapa sahaja yang meminta alamat e-mel, nombor telefon, atau butiran pembayaran anda seperti nombor akaun bank atau Kata Laluan Satu Kali (OTP). Pembeli atau penjual yang jujur tidak akan memerlukan maklumat ini di luar aplikasi. Semua butiran transaksi yang diperlukan untuk urus niaga yang sah tersedia secara terus di platform Carousell. Anda boleh menyemak butiran pesanan anda di halaman Profil anda di bawah 'Pembelian' atau 'Jualan'.
3. Waspada terhadap tanda-tanda penipuan e-dagang
Percayalah pada naluri anda. Berwaspada terhadap:
- Tawaran yang terlalu murah.
- Permintaan untuk bayaran segera atau deposit yang besar.
- Pembeli yang mendesak secara berlebihan atau cuba menekan anda supaya membuat keputusan dengan cepat.
Jika anda tidak pasti, luangkan masa untuk semak butiran senarai dan elakkan membuat keputusan yang terburu-buru.
4. Berhati-hati dengan pautan dan e-mel palsu
Penipuan pancingan data (phishing) sering bermula dengan mesej atau e-mel yang kelihatan seolah-olah daripada Carousell. Jika anda rasa ragu, dapatkan pengesahan terus daripada Carousell Support. Sentiasa periksa alamat e-mel pengirim dan URL laman web sebelum anda klik.
5. Gunakan Ciri Keselamatan Carousell
Gunakan butang ‘Beli’ dengan Perlindungan Pembeli untuk bayaran selamat dan wang hanya dilepaskan selepas anda sahkan barang diterima seperti yang dijanjikan. Untuk COD pula, pilih tempat awam dan semak barang sebelum bayar.
Ketahui lebih lanjut tentang pembayaran selamat dengan Perlindungan Pembeli di Singapura, Hong Kong, dan Malaysia.
6. Laporkan sebarang aktiviti mencurigakan
Sekiranya anda mengesan sesuatu yang mencurigakan, laporkan segera untuk melindungi pengguna lain dan membantu Carousell mengambil tindakan yang sewajarnya. Semua laporan adalah sulit dan tanpa nama.
Kandungan ini adalah berdasarkan Laporan Trend Penipuan Serantau Carousell 2025.
Artikel berkaitan daripada Laporan Trend Penipuan Serantau 2025:
Tarikh kemas kini terakhir: 28 Mei 2026