Bagaimana untuk berurusniaga dengan selamat di Carousell?
Carousell merupakan komuniti terbuka dimana ahli-ahli mendapat peluang untuk melaksanakan kaedah transaksi pilihan masing-masing.
Kami memandang berat keselamatan komuniti ini dan membuat yang terbaik bagi memastikan tapak pasaran yang selesa untuk semua. Namun demikian, seperti mana-mana tapak pasaran atas talian, mungkin akan timbul keadaan-keadaan yang tidak diduga.
Sila rujuk kepada tip-tip di bawah bagi memastikan anda menikmati pengalaman terbaik di Carousell:
SECARA AMNYA
-
Kenali dengan lebih lanjut tentang seseorang Carouseller - Lihat profil pengguna lain untuk mengenali mereka dengan lebih terperinci, seperti kaedah yang digunakan untuk mengesahkan profil masing-masing. Baca ulasan (jika ada), dari pengalaman pengguna lain untuk mendapat gambaran bagaimana Carouseller ini berurusniaga.
-
Sentiasa berurusniaga di dalam Carousell - Kami ingin menyarankan anda supaya tidak berurusniaga di luar platform. Ini adalah supaya segala rekod dan transaksi anda disimpan dalam Carousell dan kami boleh menyemak rekod ini apabila perlu.
-
Sentiasa berurusniaga secara tempatan - Tapak pasaran kami dibina khusus untuk sesebuah negara dan ini bermaksud pengguna dari negara lain tidak dapat melihat iklan anda. Atas sebab urusan rumit dan kos pengiriman antarabangsa yang mahal, kami tidak menggalakkan anda berurusniaga dengan pengguna dari negara lain.
-
Gunakan fikiran dan kata hati - Ikutlah gerak hati dan logik sebelum bersetuju untuk menerima tawaran yang tidak realistik. Jika dalam keraguan, tanyalah lebih banyak soalan untuk mendapatkan kepastian atau dapatkan lebih banyak gambar untuk membantu anda membuat keputusan.
-
Bertindak segera - Sekiranya anda mengalami sebarang isu berkenaan dengan urusniaga jual beli atau swap, hubungi kami dengan kadar segera supaya kami boleh membantu.
Apabila berjumpa depan-depan
-
Semak barangan - Berurusniaga dengan kaedah ini membolehkan semua Carousellers peluang untuk memastikan semua aspek transaksi terjamin.
-
Sentiasa berjumpa di kawasan awam yang terang - Keseronokan apabila bertemu dengan orang baru yang berkongsi minat dan hobi. Walaupun Carousell berbentuk komuniti, kami sarankan yang anda berwaspada apabila berjumpa dengan sesorang yang tidak dikenali demi keselamatan anda. Bawalah rakan sebagai peneman apabila berjumpa.
-
Jangan bawa wang tunai terlalu banyak - Apabila berjumpa, elakkan daripada membawa wang tunai yang terlalu banyak.
Apabila membuat pemindahan dana dan pengiriman
-
Kaedah bayaran yang anda biasa gunakan - Gunakan kaedah bayaran yang anda percayai. Elakkan menggunakan perkhidmatan pindahan wang dimana penerima tiada pengenalan sah, seperti Western Union.
-
Simpan maklumat perbankan di tempat selamat - Maklumat seperti nombor 16-digit kad kredit/debit, CVV, PIN, OTP, kata laluan i-perbankan adalah sulit dan tidak patut dikongsi dengan parti lain.
-
Buat pengesahan samada wang sudah diterima atau tidak - Jangan hanya bergantung kepada notifikasi melalui SMS atau emel yang memaklumkan kepada anda bahawa pemindahan dana telah berjaya. Semak dahulu akaun anda, seperti bank dan Paypal untuk mengesahkan wang telah berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank anda.
-
Pilih penghantaran boleh jejak - Anda boleh menjejak status penghantaran dan menerima pengesahan samada penghantaran berjaya atau tidak.
Untuk maklumat selanjutnya, anda boleh membaca Pembeli dan Penjual.
Jika anda memerlukan bantuan lanjut, mesej kami! Bot Mesej tersedia dari Isnin hingga Ahad untuk pengguna di Hong Kong, Malaysia, Filipina, Singapura dan Taiwan. Pilih butang mesej terapung di sudut kanan bawah halaman ini untuk mula menghantar mesej kepada kami. Sebagai alternatif, kami menjemput anda untuk menyerahkan permintaan kepada kami - kami akan berada di sini untuk membantu!