Bagaimanakah cara untuk menghubungi Carousell?
Menyelesaikan masalah adalah salah satu Teras Asas Carousell
dan kami akan sentiasa memastikan para pengguna boleh mendapatkan bantuan secepat mungkin. Jika anda belum jumpa akan artikel yang boleh membantu anda untuk menyelesaikan masalah anda, kami menyarankan anda untuk menggunakan fungsi carian kami di Help Centre ini untuk menemukan artikel yang berkaitan.
Jika anda memerlukan bantuan lanjut, mesej kami! Bot Mesej tersedia dari Isnin hingga Ahad untuk pengguna di Hong Kong, Malaysia, Filipina, Singapura dan Taiwan. Pilih butang mesej terapung** di sudut kanan bawah halaman ini untuk mula menghantar mesej kepada kami. Sebagai alternatif, kami menjemput anda untuk menyerahkan permintaan kepada kami - kami akan berada di sini untuk membantu!
** Sila semak sama ada terdapat sambungan penyekatan iklan yang didayakan dalam penyemak imbas anda, kerana ia mungkin menyekat butang mesej daripada dipaparkan.
Untuk memastikan anda mendapatkan bantuan yang baik, berikut adalah sedikit tip yang mungkin dapat membantu anda menyelesaikan masalah dengan lebih pantas:
- Jika anda mengalami masalah teknikal apabila menggunakan app, pastikan anda telah mengemaskini app anda dengan versi terbaru dan mencuba langkah-langkah ini.
- Jika anda mengalami masalah apabila menjalankan transaksi bersama pembeli atau penjual, sertakan maklumat terperinci untuk dikongsikan kepada kami beserta username akaun dan iklan yang terlibat.
- Jika anda terjumpa iklan yang tidak mematuhi polisi kami, anda boleh membuat laporan kepada kami.
- Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau idea untuk kami menambah baik app kami, kami amat mengalu-alukan cadangan anda untuk menyelesaikan masalah yang anda hadapi dan memperbaiki Carousell.