Mengapa Saya Tidak Menerima Balasan daripada Sokongan Carousell?
Jika anda telah menghubungi Sokongan Carousell tetapi masih belum menerima balasan, kemungkinan besar penyedia emel anda telah menolak respons kami. Salah satu ralat biasa yang menyebabkan perkara ini adalah:
Ralat: "550 – Pelayan Penerima Menolak Emel" / Error: "550 – Recipient Server Rejected Email
Ini bermaksud penyedia perkhidmatan emel anda telah menyekat atau menolak mesej kami. Beberapa sebab yang mungkin menyebabkan perkara ini termasuk:
- Tetapan atau penyedia emel anda mungkin menyekat emel daripada sumber luar (terutamanya yang dihantar melalui sistem sokongan pihak ketiga seperti Zendesk, yang digunakan oleh pasukan Sokongan kami).
- Mesej kami telah ditandakan sebagai spam atau secara tidak sengaja, anda menyekatkan alamat emel kami.
- Penyedia e-mel anda mungkin mempunyai tetapan atau sekatan tertentu yang menyekat e-mel daripada Carousell, atau pelayan sedang menghadapi masalah.
- Peti masuk emel anda mungkin telah mencapai had kapasiti. Kami cadangkan untuk memadamkan beberapa mesej lama bagi memastikan anda dapat terus menerima emel baharu.
Apa Yang Anda Boleh Lakukan:
- Sila semak tetapan emel anda serta folder spam/junk.
Ada kalanya, emel yang sah disaring secara tidak sengaja. Pastikan alamat emel daripada @carousell.com dan @thecarousell.com tidak disekat atau ditandakan sebagai spam.
- Cuba mengauka alamat emel lain daripada penyedia emel yang berbeza.
Sekiranya anda masih belum menerima sebarang maklum balas, sila menghubungi kami semula menggunakan alamat emel alternatif daripada penyedia emel yang berbeza — seperti Gmail, Outlook, atau penyedia lain — bagi memastikan emel dapat dihantar dan diterima dengan berjaya.
Masih perlukan bantuan? Sila hubungi kami semula melalui Pusat Bantuan (Help Center) dengan alamat emel yang dikemas kini. Alternatifnya, anda juga boleh menghantar pertanyaan melalui widget mesej yang terletak di bahagian bawah kanan laman web kami.