Apa yang patut saya buat apabila berbual dengan pengguna yang sedang di bawah tinjauan atau disekat?
Anda mungkin melihat banner sewaktu berbual melalui Chat dengan seseorang pengguna yang menyatakan 'This user's account is under review for a dispute.' atau 'This user's account is restricted due to an unresolved transaction.'
Apakah maksudnya?
- Penjual mungkin telah menjual sesuatu barangan dan pihak pembeli tidak berpuas hati dengan barangan yang diterima.
- Pengguna telah membeli sesuatu tetapi tidak membuat sebarang bayaran.
Apa yang patut saya buat?
Kami mencadangkan supaya meneruskan transaksi dengan pengguna ini hanya selepas kes pertikaian telah selesai. Jika anda perlu meneruskan transaksi tersebut, anda mungkin patut jumpa pengguna ini depan-depan sebagai langkah berjaga-jaga.
Jika anda mempunyai transaksi yang belum selesai (iaitu anda telah membuat pembayaran kepada penjual) dan anda tidak dapat menghubungi mereka, hubungi pasukan kami dengan segera. Bot Mesej tersedia dari Isnin hingga Ahad untuk pengguna di Hong Kong, Malaysia, Filipina, Singapura dan Taiwan. Pilih butang mesej terapung di sudut kanan bawah halaman ini untuk mula menghantar mesej kepada kami. Sebagai alternatif, kami menjemput anda untuk menyerahkan permintaan kepada kami - kami akan berada di sini untuk membantu!
Apabila pengguna telah menyelesaikan isu pertikaiannya, banner yang anda nampak di Chat dengan pengguna tersebut akan hilang dari pandangan.
Untuk tip-tip keselamatan untuk deal secara selamat di Carousell, sila rujuk di sini.