Garis Panduan Profil Pengguna dan Polisi Username
Kami menyarankan anda untuk berkongsi sesuatu tentang diri anda seperti hobi atau minat anda di ruangan profil anda. Anda juga boleh berkongsi informasi tentang inventori anda kepada komuniti Carousell.
Berikut adalah garis panduan yang perlu anda patuhi apabila anda mengisi ruangan profil:
✘ Tidak mengandungi unsur-unsur kebencian, kata-kata yang menyinggung perasaan, keganasan, perkauman, seksual, lucah, tidak senonoh, mengancam pengguna lain, kata-kata kesat, menghina, menganggu komuniti, memfitnah, penipuan, penyeksaan, hasutan, politik, etnik, atau apa-apa yang berkaitan
✘ Mendorong sebarang transaksi keluar daripada Carousell
Atas dasar keselamatan kepada pengguna, kami tidak menggalakkan anda untuk berkongsi butiran peribadi seperti nombor telefon, website, alamat email, profil Facebook, dan sebagainya di dalam ruangan profil anda dan username.
Polisi Nama Pengguna (Username) Carousell
Langkah pertama untuk menyediakan akaun anda adalah untuk memilih username. Para pengguna boleh memilih username yang anda suka dan kami menyarankan anda memilih satu nama yang akan digunakan untuk jangka masa yang lama. Jika anda ingin menukar username anda, anda boleh klik di sini untuk mengetahu cara-cara untuk menukar username anda.
✔ Mempunyai 5-30 aksara
✔ Hanya boleh mengandungi huruf kecil (a-z), nombor (0-9), garis bawah, noktah, hanya berada dalam 1 baris
✘ Tidak mengandungi unsur-unsur kebencian, kata-kata yang menyinggung perasaan, keganasan, perkauman, seksual, lucah, tidak senonoh, mengancam pengguna lain, kata-kata kesat, menghina, menganggu komuniti, memfitnah, penipuan, penyeksaan, hasutan, politik, etnik, atau apa-apa yang berkaitan
✘ Terma yang digunakan adalah sama, atau mudah dikelirukan dengan, jenama atau tanda dagangan pihak ketiga dan/atau melanggar mana-mana hak cipta atau tanda dagangan pihak ketiga.
✘ Menggunakan perkataan "Carousell", 'admin", atau apa-apa username yang serupa di mana para pengguna lain akan terkeliru dan mempunyai impresi di mana akaun anda adalah terikat bersama Carousell dan servis-servis lain secara rasmi.
✘ Menggunakan perkataaan atau gabungan perkataan seperti ‘Carousell’, 'web', 'app', 'login', 'logon', 'signup', 'signin', 'carousel' atau apa-apa perkataan yang sama dengan gabungan nama yang digunakan oleh pentadbiran Carousell.
Mengapa Carousell mempunyai polisi seperti ini?
Kami menggalakan para pengguna dapat menggunakan username yang diminati namun kami tidak menggalakkan para pengguna untuk memilih nama-nama yang mungkin menyinggung perasaan pengguna lain, mengelirukan para pengguna, atau melanggar mana-mana tanda dagangan.
Bagaimana caranya jika saya mahukan username yang telah digunakan tetapi tidak aktif?
Anda boleh menambah nombor, garis bawah, dan noktah untuk membantu anda mencari username yang masih belum digunakan.
Bagaimana caranya untuk saya mengambil semula atau melaporkan username yang mengingkari polisi ini?
Anda boleh menghubungi kami dan sertakan sebarang maklumat tambahan yang boleh kami gunakan untuk mengambil tindakan sewajarnya.
Hak kuasa Carousell terhadap username pengguna
Jika kami dapati username anda melanggar polisi kami atau kami dapati username yang dipilih adalah tidak bertepatan, kami berhak untuk mengambil langkah untuk mengatasi dan mencegah ianya daripada berlarutan. Ini termasuk mengedit atau mengalih keluar maklumat nama pengguna/profil akaun, menyekat, menggantung atau menamatkan pengguna yang melakukan pelanggaran.