Apa yang berlaku apabila saya menukar pasaran akaun saya?
Apakah maksud menukarkan lokasi negara?
Tapak pasaran Carousell adalah khusus mengikut negara, bermaksud anda akan dapat melayari, menjual, dan membeli di satu tapak pasaran sahaja.
Lokasi yang ditetapkan di profile anda menentukan iklan yang anda akan lihat ketika melayar, dan di mana iklan yang anda senaraikan akan muncul dan dapat dilihat.
Sebagai contoh, jika anda menukarkan City menjadi Kuala Lumpur, Malaysia, anda hanya akan dapat melihat iklan-iklan di Malaysia. Iklan yang anda naikkan selepas penukaran lokasi ini juga hanya dapat dilihat di tapak pasaran Malaysia dan dalam harga Ringgit Malaysia (RM).
Senarai yang ada yang dibuat sebelum mengubah negara anda akan tetap berada di negara tempat ia dibuat.
Bagaimana saya menukarkan lokasi negara?
Untuk menukarkan lokasi negara di Carousell, ikutilah langkah berikut:
Aplikasi
- Buka halaman profile bertajuk “Me”
- Pilih "Edit Profile"
- Pada bahagian My City, pilih lokasi anda
- Pilih "Done" dan selesai!
Website Carousell*
- Klik foto profile anda di bahagian atas sebelah kanan
- Pilih Settings
- Pada Public Profile, di bahagian Current City, pilih lokasi di mana anda sekarang berada
- Klik "Save" dan selesai!
Harap maklum bahawa untuk mula menjual di negara lain, anda memerlukan nombor telefon bimbit yang sepadan dengan kod negara yang baru yang tidak digunakan di akaun yang lain.
Setelah menukar negara anda kembali, anda akan diminta untuk mengesahkan nombor telefon anda sekali lagi untuk memulakan penyenaraian item baru.
*Urutan ikon mungkin berbeza mengikut jenis pelayar yang digunakan