Bagaimana saya menukar emel berdaftar
Semua Carouseller dapat menukar alamat emel berdaftar mereka tetapi sila pastikan bahawa alamat emel tersebut adalah sah dan dimiliki oleh anda. Pendaftaran alamat emel palsu boleh mengakibatkan penutupan akaun Carousell anda. Berikut adalah dua cara untuk menukar alamat emel anda, bergantung kepada platform yang anda gunakan untuk menggunakan Carousell:
Aplikasi
- Lancarkan aplikasi Carousell
- Buka tab “Me”
- Pergi ke Settings
- Klik “Edit Profile”
- Di bahagian "Private Profile", anda akan melihat bahagian emel
- Masukkan alamat emel yang anda ingin kaitkan ke akaun Carousell anda
Setelah itu, anda akan menerima emel pengesahan di alamat emel yang anda baru tukarkan tadi. Klik pautan pengesahan untuk mengesahkan alamat emel baru anda. Jika pautan tidak berfungsi, salin (copy & paste) seluruh pautan tesebut dan tempel di pelayar (browser) anda.
Website Carousell*
- Buka https://carousell.com
- Log masuk ke akaun Carousell anda
- Klik pada gambar profil anda
- Pilih "Settings" di menu drop-down
- Di bawah "Private Profile", anda akan melihat bahagian emel
- Masukkan alamat emel yang anda ingin kaitkan ke akaun Carousell anda
Setelah itu, anda akan menerima emel pengesahan di alamat emel yang anda baru tukarkan tadi. Klik pautan pengesahan untuk mengesahkan alamat emel baru anda. Jika pautan tidak berfungsi, salin (copy & paste) seluruh pautan tesebut dan tempel di pelayar (browser) anda.
*Urutan ikon mungkin berbeza mengikut jenis pelayar yang digunakan