Mengapakah akaun saya disekat atau digantung?
Akaun saya telah disekat
Apabila anda menerima mesej pop-up memaklumkan kepada anda "Restricted Access", ia bermaksud bahawa akaun anda sedang dikaji semula dan penggunaan diterhadkan.
Emel dengan maklumat yang lebih lanjut sepatutnya telah dihantar ke Support Inbox anda. Di situ, anda sendiri boleh membatalkan sekatan setelah membaca emel tersebut. Anda hanya perlu klik pada "Acknowledge" dan akaun anda akan dinyahsekat. Jika anda tidak melihat butang "Acknowledge", ini bermaksud anda perlu membetulkan sesuatu dahulu, dan kemudian membalas emel dari Support Team kami.
Akaun saya telah digantung
Untuk mewujudkan tapak pasaran yang selamat dan boleh dipercayai, kami akan menggantung akaun yang melanggar peraturan Terms of Service atau Community Guidelines kami.
Untuk membuat rayuan, isi dan hantarkan borang kepada kami dengan menggunakan emel berdaftar anda di sini.