Saya tidak menerima kod pengesahan
Jika anda mendaftar melalui Carousell Web, anda sepatutnya menerima kod pengesahan 4-digit melalui SMS ataupun panggilan setelah anda menghantar nombor anda untuk disahkan.
Jika anda tidak menerima kod pengesahan, cubalah langkah-langkah berikut:
Pastikan anda memilih negara yang betul di menu Country
Pastikan anda memasukkan nombor telefon yang betul
Jika anda menggunakan fungsi skrin penuh, keluar dari fungsi tersebut dan cuba semula
Di bahagian pengesahan, pilih “Resend code” or “Call me”
Jika segala yang di atas masih gagal dan anda masih menerima error message, sila hubungi kami.