Saya tidak menerima emel pengesahan
Aplikasi
- Buka halaman profil anda
- Pilih 'Edit Profile'
- Masukkan semula alamat emel anda dan pilih "Resend Email Verification"
Web Carousell *
- Buka halaman profil anda
- Jika akaun anda masih belum disahkan, anda akan melihat pilihan untuk "Resend email" di bahagian atas gambar foto profil anda
- Pilih "Resend email"
Saya masih tidak menerima emel setelah meminta untuk dihantar semula
Jika anda masih belum menerima emel pengesahan setelah memilih "Resend email", sila semak junk mail atau folder spam anda, kerana emel tersebut mungkin ditapis ke sana secara otomatik oleh pembekal perkhidmatan emel anda. Jika anda menggunakan Gmail, semak juga bahagian Sosial dan Promosi anda.
Jika anda menggunakan Hotmail atau Live, dukacita dimaklumkan, sesetengah akaun Hotmail atau Live mungkin tidak dapat menerima emel pengesahan tesebut disebabkan masalah teknikal yang sudah diketahui oleh pembekal perkhidmatan emel. Jika anda memerlukan bantuan teknikal, sila hubungi kami.
* Sesetengah susunan ikon mungkin berbeza mengikut jenis pelayar yang digunakan