Bagaimanakah untuk membuat pengesahan emel?
Salah satu langkah penting dalam proses pendaftaran akaun adalah pengesahan emel anda!
Apabila anda mendaftar di Carousell, satu emel bertajuk "Verify your email in Carousell" akan dihantar ke alamat emel anda. Klik pada pautan di dalam emel pengesahan tersebut untuk mengesahkan akaun anda.
Jika anda tidak nampak emel pengesahan, sila semak di Junk Mail atau folder Spam kerana ada kemungkinan emel pengesahan tersebut telah ditapis ke sana. Jika anda menggunakan Gmail, sila semak bahagian Social dan Promotions!
Jika anda masih tidak menjumpai emel pengesahan, anda boleh meminta untuk kami hantarkan semula di sini.
Mengapa saya perlu mengesahkan alamat e-mel saya?
Mengesahkan akaun anda membolehkan anda mengesahkan pemilikan alamat e-mel tersebut. Dnegan mengesahkan akaun anda menjadikan pemulihan akaun lebih mudah sekiranya berlaku sesuatu kepada akaun anda dan anda memerlukan pertolongan untuk pemulihan. Mempunyai alamat e-mel yang disahkan juga memastikan bahawa anda menerima e-mel penting dari kami seperti notis keselamatan, atau e-mel set semula kata laluan.
Tambahan pula, ia memberikan akaun anda tanda pengesahan di halaman profil Carousell anda, ini dapat menambah kredibiliti pada profil anda!