Apa itu Support Inbox dan bagaimana saya menggunakannya?
Apa itu Support Inbox?
Di Carousell, kami komited untuk membantu anda memahami bagaimana kami menguatkuasakan polisi di pasaran kami. Support Inbox merupakan suatu sistem chat yang memberikan kemaskini untuk semua laporan yang anda telah hantarkan kepada kami. Setelah moderator kami menyemak laporan anda yang dihantar melalui lapor pengguna/iklan, anda akan menerima mesej di Support Inbox anda.
Di mana anda boleh mencari Support Inbox?
Buat sementara ini, ciri ini hanya boleh didapati melalui aplikasi mudah alih kami.
- Pergi ke ‘Me’ (Profile)
- Pergi ke Settings (Tetapan)
- Tatal ke bahagian ‘Need Help’
- Tap bahadian ‘Support Inbox’
Support Inbox untuk Pengguna yang Disekat (Restricted Users)
Jika akaun anda disekat atas sebab-sebab tertentu, anda boleh menyahsekat akaun anda dengan mengaku (acknowledge) mesej yang terdapat di dalam Support Inbox. Tap pada butang ‘Acknowledge’ (rujuk pada tangkapan skrin) untuk penyahsekatan akaun. Jika anda tidak bersetuju dengan sebab yang diberikan oleh pihak kami mengenai sekatan akaun, anda boleh membuat rayuan.
Kenapa saya tidak jumpa butang 'Acknowledge'?
Jika anda tidak menjumpai butang ‘Acknowledge’, ia mungkin bermaksud bahawa anda dikehendaki membuat perubahan yang disebutkan dalam kandungan emel sekatan yang dihantar ke alamat emel berdaftar anda, dan balas semula emel tersebut kepada pihak kami.