Bagaimana saya boleh meninggalkan ulasan untuk pembeli atau penjual?
Meninggalkan ulasan untuk satu sama lain adalah antara cara terbaik untuk saling membantu! Puji seseorang Carouseller jika urusniaga dijalankan dengan sempurna, dan beritahu mereka sekiranya terdapat bahagian-bahagian yang perlu diperbaiki.
Berikut adalah langkah-langkah untuk meninggalkan ulasan:
1. Jika anda seorang Pembeli, ketik "Make Offer"
2. Jika anda seorang Penjual, ketik "Accept Offer"
3. Selepas itu, anda akan dapat melihat butang "Leave Review"
Kedua-dua pembeli dan penjual mempunyai 30 hari untuk meninggalkan maklum balas.
Anda boleh mengedit ulasan anda seberapa banyak kali yang anda mahu sebelum ia diterbitkan. Maklum balas anda tidak akan diterbitkan sehingga pihak lain meninggalkan maklum balas mereka, atau sehingga 14 hari berlalu.
Setelah maklum balas anda diterbit, anda boleh memilih untuk mengedit maklum balas sekali. Maklum balas yang diedit tidak akan menimpa maklum balas sebelumnya, tetapi dipaparkan sebagai maklum balas susulan.
Setelah ditinggalkan, maklum balas tidak boleh dipadamkan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Dasar Penilaian dan Ulasan kami.
Memberi rating dan ulasan berdasarkan?
Urusniaga Carousell anda bermula sejurus selepas anda berinteraksi dengan pembeli/penjual.
Sebagai seorang pembeli, anda didorong untuk memberi rating kepada penjual anda dengan berdasarkan kriteria (dalam skala 1-5 bintang):
- Komunikasi
- Koordinasi untuk berjumpa/penghantaran
- Barangan seperti yang diiklankan
Sebagai seorang penjual, anda didorong untuk memberi rating kepada pembeli anda dengan berdasarkan kriteria (dalam skala 1-5 bintang):
- Komunikasi
- Koordinasi untuk berjumpa/penghantaran
- Koordinasi pembayaran