Tips foto
Apa artinya?
Anda tidak perlu lagi risau foto anda crop ke bahagian segi empat. Anda sekarang boleh menggunakan foto potret atau landskap untuk iklan anda.
Bilakah saya harus menggunakan mod potret atau landskap?
Ketika anda mengambil gambar foto menerusi aplikasi Carousell, anda boleh mengambil foto secara potret atau landskap dengan memutarkan telefon pintar anda. Gunakan foto berukuran landskap untuk menampilkan foto iklan yang lebih lebar, seperti kereta atau hartanah mahupun meja. Gunakan foto potret untuk gaun, iPhone, beg tangan, dan barang yang kelihatan lebih tinggi.
2. Ambil lebih banyak foto untuk menampilkan barangan anda
Carousell kini menyokong sehingga 10 gambar foto per iklan. Tunjukkan iklan anda dari pelbagai sudut secara lebih terperinci, dan sebarang kecacatan jika ada, bungkusan asal barangan, dan jika ada, sertakan sekali resit pembayaran asal, ia juga akan membantu!
- Ambil gambar barangan anda dalam keadaan biasa (sebagai contoh: kasut; tampilkan bagaimana ia dipakai di kaki anda sambil dipadankan dengan seluar jeans)
- Tunjukkan kepada pembeli bagaimana cara menggunakan barangan yang anda jual (ambil gambar blender dengan dengan memasukkan buah-buahan ke dalamnya supaya pembeli dapat bayangan cara menggunakannya)
- Tunjukkan barang dari sudut yang berbeza (misalnya mengambil gambar bahagian depan dan belakang t-shirt untuk penampakkan yang lebih jelas)
- Tunjukkan maklumat terperinci barangan anda seperti tanda-tanda penggunaan (misalnya ambilkan gambar foto yang menunjukkan bucu-bucu telefon pintar anda supaya lebih kesan penggunaan lebih nyata)
3. Pastikan senang dilihat dan berada di tengah
Mengambil foto dengan latar belakang yang senang dilihat adalah cara terbaik untuk memberi fokus kepada barang yang anda jual! Anda juga boleh menggunakan tekstur yang menarik (seperti kayu, marmar, konkrit) sebagai backdrop.
- Gunakan latar belakang berbeza supaya barangan anda lebih nyata
- Jangan mengalih perhatian pembeli dengan meletakkan barangan lain yang tidak berkaitan, tampilkan apa yang anda jual di cover foto