[Malaysia] Carousell Protection boleh digunakan di laman web kami!
Hooray! Kami telah memperluaskan Carousell Protection untuk pengguna laman web dan laman web mudah alih. Walaupun fungsinya agak terhad pada masa ini, kami sedang berusaha untuk melengkapkan Carousell Protection untuk anda!
Sebagai pembeli, anda boleh:
- Membeli menggunakan butang 'Buy now' untuk iklan yang menggunakan Carousell Protection menggunakan kaedah pembayaran secara atas talian.
- Melengkapkan kaedah pembayaran
- Menambah atau meminda alamat
- Membatalkan transaksi
- Membangkitkan sebarang isu
Sebagai penjual, anda boleh:
- Menerima dan mengesahkan transaksi
- Menyediakan bungkusan dan melengkapkan maklumat penghantaran.
- Membatalkan transaksi
- Melanjutkan tempoh penghantaran
- Mengiklankan barang menggunakan Carousell Protection
Apakah fungsi yang tidak diaktifkan untuk Carousell Protection di laman web
- Mengesahkan identiti anda
- Melengkapkan Balance dan memindahkan Balance ke akaun bank anda
Kami sedang berusaha untuk memastikan fungsi Carousell Protection di laman web berfungsi dengan baik secepat mungkin.