[Malaysia] Penghantaran: Apa yang perlu dilakukan jika saya menerima bungkusan yang rosak?
Untuk penjual yang menggunakan khidmat PosLaju menerusi Carousell:
- Anda boleh membangkitkan pertikaian dengan menekan butang 'Raise an issue'
- Pergi ke mana-mana cawangan PosLaju berdekatan dalam masa 48 jam selepas barang diterima
- Maklumkan kepada pegawai PosLaju tersebut bahawa bungkusan ini dihantar melalui Carousell
- Isi borang 'Customer Feedback Form' di pejabat pos tersebut.
- Ambil gambar 'Customer Feedback Form' yang telah diisi
- Hubungi kami dan sertakan gambar borang tersebut sebagai dokumen sokongan.
- Kami akan memproses email anda dan memaklumkan jika terdapat apa-apa perkembangan.
Nota: PosLaju mungkin akan meminta anda menghantar dokumen sokongan untuk memulakan proses tuntutan.
- Salinan MyKad / passport
- Gambar bungkusan yang rosak; merangkumi kerosakan dan sebagainya.
Had maksima tuntutan boleh diabuat ialah sebanyak RM300 atau harga barangan tersebut (mana-mana nilai yang lebih rendah)
Untuk penjual yang menggunakan khidmat kurier lain:
- Ambil gambar bungkusan yang rosak dan kongsikan bersama penjual anda
- Anda perlu memulakan proses tuntutan dengan menekan butang 'Raise an Issue' di dalam Carousell
- Penjual dan Pembeli harus berbincang dan menyelesaikan masalah ini menggunakan Carousell
- Jika isu ini tidak dapat diselesaikan dalam masa 7 hari, pihak Carousell akan cuba membantu anda.