[Malaysia] Lanjutan tempoh penghantaran untuk transaksi Carousell Protection
Disebabkan oleh wabak COVID-19, kami amat memahami situasi para penjual seperti anda memerlukan masa yang lebih panjang untuk menghantar barangan yang dibeli oleh pengguna. Anda mungkin memerlukan lebih dari 6 hari untuk melengkapkan proses penghantaran. Oleh itu, kami melancarkan pelanjutan tempoh penghantaran bagi transaksi Carousell Protection. Dengan fungsi yang baharu ini, anda boleh melanjutkan tempoh penghantaran sehingga 9 hari.
Perlu diingat, fungsi ini hanya boleh digunakan sekali sahaja, dan pembeli anda perlu bersetuju dengan untuk melanjutkan tempoh penghantaran. Jika pembeli tidak bersetuju, maka anda perlu membuat penghantaran mengikut tarikh asal.
Cara-cara bagaimana untuk melanjutkan tempoh penghantaran
Langkah 1: Tekan butang "Deal Details" atau "Prepare Delivery" di halaman chat. Tekan pautan "Can't make it in time? Extend your delivery"
Langkah 2: Pilih bilangan hari yang anda perlukan (sehingga 9 hari) untuk melanjutkan tempoh penghantaran dan klik 'Request to extend"
Penting - Pembeli mempunyai pilihan untuk bersetuju atau tidak menggunakan fungsi ini. Dinasihatkan supaya anda berbincang dahulu dengan pembeli sebelum membuat permohonan untuk melanjutkan tempoh penghantaran.
Langkah 3: Pembeli akan menerima notis daripada anda! Jika pembeli bersetuju, tempoh penghantaran anda akan dilanjutkan mengikut bilangan hari yang dipilih.