[Malaysia] Apa itu yuran Carousell Protection?
Matlamat kami adalah untuk memberikan anda pengalaman membeli dengan selamat. Untuk berbuat demikian, kami hanya mengenakan yuran Carousell Protection seperti yang tertera di bawah:
Jadual di atas menunjukkan contoh kadar untuk yuran Carousell Protection.
Harga boleh berubah dari masa ke semasa tanpa sebarang notis.
Jumlah cas untuk yuran Carousell Protection akan ditunjukkan dengan jelas di bahagian 'checkout'.
Apakah kaedah-kaedah pembayaran yang diterima?
Kami menerima perbankan atas talian (FPX), GrabPay, kad debit/kredit antarabangsa, termasuk Visa dan Master.
Ketahui dengan lebih lanjut manfaat yang anda boleh dapati apabila menjalankan urusniaga dengan Carousell Protection di sini.
Mengapakah saya dicaj sebanyak RM2 setelah saya melengkapkan butiran kad kredit?
Anda akan menerima ‘Authorization Charge’ sebanyak RM2 setelah anda melengkapkan butiran bagi kad debit/kredit anda. Caj ini dikenakan oleh pihak bank bertujuan untuk memastikan kad debit/kredit anda boleh digunakan untuk transaksi seterusnya. ‘Authorization Charge’ akan dipulangkan kepada anda dan ia tidak akan muncul di dalam penyata bulanan anda