[Malaysia] Bagaimana untuk memindahkan Balance ke akaun bank saya?
Sila pastikan Balance telah dipasang sebelum memindahkan duit Balance ke dalam akaun bank anda.
Berikut adalah langkah-langkah untuk memindahkan duit dalam Balance ke dalam akaun bank anda:
- Pergi ke profil anda (tab 'Me')
- Pergi ke 'Balance'
- Klik ikon 'Settings' di bahagian atas sebelah kanan
- Jika 'Balance berjaya dipasang', anda sepatutnya boleh melihat nama anda di laman ini
- Pilih kaedah pemindahan yang wajib dengan menambah akaun bank atau kad debit
- Pergi semula ke 'My Balance'
- Klik 'Transfer to bank account'
Ia akan mengambil tempoh masa 1-3 hari bekerja untuk duit tersebut dipindah masuk ke dalam akaun bank.
Sebagai contoh, jika anda memulakan pemindahan baki pada hari Khamis, jumlah yang dipindahkan akan dapat dilihat di dalam akaun bank anda pada hujung hari Selasa hadapan.
Bolehkah saya membuat pemindahan mata wang asing dari Balance ke akaun bank tempatan saya?
Tidak boleh, penjual yang menggunakan Carousell Protection hanya boleh memindahkan mata wang tempatan ke akaun bank tempatan anda.
Sebagai contoh, jika anda telah senaraikan dan menjual barangan di tapak pasaran atas talian di Malaysia dan menerima Ringgit Malaysia di Balance, anda perlu menambahkan akaun bank tempatan Malaysia untuk membuat pemindahan wang.
Jika anda telah senaraikan dan menjual barangan di tapak pasaran atas talian di Singapore dan menerima Dollar Singapura di Balance, anda perlu menambahkan akaun bank tempatan Singapura untuk membuat pemindahan wang.