[Malaysia] Carousell Protection kini dilancarkan di Malaysia!
Berurusniaga dengan Carousell Protection
Sebagai penjual, dapatkan lebih banyak ketampakan (visibility) dan jual dengan lebih cepat apabila anda memilih untuk berurusniaga melalui Carousell Protection.
Apa itu Carousell Protection?
Carousell Protection adalah satu servis baru yang ditawarkan oleh Carousell. Penjual boleh memilih untuk menerima bayaran atas talian melalui Carousell, dan Carousell akan 'memegang' duit bayaran sehinggalah pembeli berjaya menerima barangan. Jika berlaku sebarang pertikaian, Carousell akan memberikan bantuan.
Bagaimana untuk membenarkan Carousell Protection untuk iklan anda?
Pengguna hanya boleh senarai item dengan Carousell Protection menggunakan aplikasi, dan bukan web.
Pra langkah - Tetapkan akaun anda dan sahkan identiti anda.
1. Benarkan Carousell Protection di iklan-iklan anda.
2. Tetapkan kaedah pengiriman atau tawarkan penghantaran percuma.
3. - 'Chat' dengan pembeli anda untuk mengesahkan maklumat tempahan terlebih dahulu.
- Setelah pembeli membuat tempahan, bayaran akan dipegang sebagai amanah oleh Carousell
sehingga barang diterima oleh pembeli.
4. Sediakan barang tempahan untuk dikirim.
5. - Kirim barangan kepada pembeli anda.
- Jangan lupa untuk memasukkan nombor jejak sebelum meninggalkan bungkusan di pejabat
pos. (Bayaran yang diterima akan muncul sebagai 'Pending Balance')
6. Pastikan pembeli anda melengkapkan tempahan.
7. Bayaran yang diterima akan dipindahkan "Pending Balance" ke akaun bank anda dalam masa 24 jam* setelah segala proses urusniaga selesai. (*tempoh masa 4 hari bekerja diperlukan jika menggunakan kad bayaran)
Sila pastikan anda telah membuat pengesahan identiti supaya anda boleh memindahkan Balance anda!
Perlukan maklumat lanjut? Bacalah Garis panduan kami!
Panduan cepat untuk membantu anda
Bagaimana untuk menjual dengan Carousell Protection?
Bagaimana untuk mengesahkan identiti anda?
Bagaimana untuk memindahkan wang ke akaun bank anda?
Bagaimana untuk membeli dengan Carousell Protection?
Carousell Protection boleh diaktifkan untuk kategori seperti berikut:
- Electronics
- Mobile Phones & Tables
- Photography
- Home & Furniture
- Kitchen & Appliances
- Women's Fashion
- Muslimah Fashion
- Men's Fashion
- Health & Beauty
- Babies & Kids
- Sports
- Video Gaming
- Toys & Games
- Books & Stationery
- Textbooks
- Design & Craft
- Auto Accessories
- K-Wave
- J-pop
- Music & Media
- Antiques
- Pet Supplies
Perlukan bantuan?
Anda masih mempunyai soalan yang belum dijawab? Sila berhubung dengan Kumpulan Sokongan kami dan kami sedia membantu.