[Malaysia] Polisi Bayaran Balik Carousell
Bagi tempahan melalui pos boleh jejak (tracked delivery), Carousell Protection akan meliputi:
- Barangan tidak diterima
- Barangan tidak seperti yang diiklankan
- Barangan berlainan variasi, seperti saiz, warna, model dan versi
- Barangan tidak sempurna atau bahagian yang hilang
- Barangan rosak
*pasukan kami akan menyemak keadaan berdasarkan kes demi kes. Nilai bayaran balik akan dihadkan pada nilai pampasan kurier untuk mel yang hilang. Pembeli bertanggungjawab untuk memilih kaedah mel yang menyediakan perlindungan untuk kos item yang dibeli.
Sesuatu barangan dengan bahan buatan dan variasi yang lebih kurang seperti mana penjual telah nyatakan dalam iklan, tidak akan diterima. Contohnya:
✘ Barangan nampak seperti terpakai, tetapi sudah jelas dinyatakan dalam iklan penjual
✘ Variasi yang secara asasnya, tidak begitu penting. Sebagai contoh:
- Barangan diiklankan sebagai berwarna merah jambu cair, tetapi barangan yang sampai berwarna merah jambu ros
- Barangan diiklankan sebagai 'sebesar tapak tangan', tetapi barangan yang sampai bersaiz 15cm
- Barangan diiklankan sebagai berkondisi 8/10, tetapi penerima rasa yang ia hanya berkondisi 6/10
Bagaimana saya boleh dapatkan bayaran balik?
Terdapat 2 cara pembeli boleh mendapatkan bayaran balik:
1. Apabila barangan yang diterima tidak seperti yang diiklankan, bangkitkan isu menerusi Chat dan beritahu kepada penjual anda apa masalahnya. Kedua belah pihak penjual dan pembeli mempunyai tempoh masa 7 hari untuk menyelesaikan pertikaian ini. Penjual boleh memilih untuk 'Offer refund' dan pembeli boleh memilih untuk 'Accept refund'.
2. Jika kedua belah pihak tidak berjaya mencapai jalan penyelesaian terbaik, pertikaian akan dibangkitkan ke Carousell secara otomatik. Kami akan berhubung dengan pembeli dan penjual untuk mendapatkan maklumat lanjut, seperti bukti penghantaran. Setelah siasatan selesai, bayaran balik hanya akan diproses sekiranya memenuhi syarat.
Berapa lama tempoh untuk mendapatkan bayaran balik?
Jika anda membuat bayaran menggunakan FPX (online banking), wang anda akan dikembalikan dan anda akan dapat melihat wang tersebut di dalam akaun bank anda dalam masa 5 hari bekerja.
Jika bayaran dibuat menggunakan kad kredit/debit, wang anda akan dipulangkan semula kepada anda dalam masa 7-10 hari bekerja.
Hari bekerja: Isnin hingga Jumaat; Sabtu, Ahad, dan cuti umum dikecualikan. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan