[Malaysia] Apa yang dirangkumi Carousell Protection?

Kes-kes berikut akan dirangkumi apabila anda membeli dengan Carousell Protection:

  • Penghantaran boleh jejak (tracked delivery) dengan kod jejak sah
  • Barangan tidak sampai di tangan
  • Barangan sampai tetapi tidak seperti yang diiklankan
  • Barangan rosak

Kami mencadangkan supaya penjual dan pembeli berhubung menerusi sistem Chat Carousell untuk menyelesaikan apa-apa isu pertikaian. Jika isu tidak dapat diselesaikan antara kedua belah pihak, Carousell boleh membantu.

Apa yang tidak dirangkumi oleh Carousell Protection:

  • barangan pra-tempah
  • barangan virtual seperti kredit permainan video, akaun permainan video, dll
  • untuk tiket, baucar dan tempahan bilik hotel, kami mencadangkan supaya pembeli menyemak kesahihan dengan organisasi yang berkaitan terlebih dahulu, dan hadir pada event tersebut sebelum tempahan selesai
  • Tukar fikiran
  • Barangan dimana bayaran dibuat luar dari Carousell Protection (contoh: bank transfer, online banking, cash deposit)
  • Barangan yang termasuk dalam senarai barangan larangan di Carousell

Adakah Carousell Protection betul-betul selamat? Bagaimana saya dapat dilindungi?

Carousell Protection bertujuan untuk memberikan perlindungan kepada kedua belah pihak.

Sebagai seorang pembeli yang menggunakan Carousell Protection, duit anda akan dipegang oleh Carousell dahulu, dan duit tersebut hanya akan dilepaskan kepada penjual sekiranya anda mengesahkan telah berjaya menerima barangan tersebut.

Tidak menerima barangan seperti yang diiklankan? Bangkitkan pertikaian dan tawarkan penyelesaian yang mudah kepada penjual anda; dapatkan bayaran balik atau penukaran barangan yang setaraf (jika layak).

Ada soalan lagi? Serah permintaan

Komen

0 komen

Artikel ditutup untuk komen.