Apa yang patut saya buat apabila berbual dengan pengguna yang sedang di bawah tinjauan atau disekat?
Anda mungkin melihat banner sewaktu berbual melalui Chat dengan seseorang pengguna yang menyatakan 'This user's account is under review for a dispute.' atau 'This user's account is restricted due to an unresolved transaction.'
Apakah maksudnya?
- Penjual mungkin telah menjual sesuatu barangan dan pihak pembeli tidak berpuas hati dengan barangan yang diterima.
- Pengguna telah membeli sesuatu tetapi tidak membuat sebarang bayaran.
Apa yang patut saya buat?
Kami mencadangkan supaya meneruskan transaksi dengan pengguna ini hanya selepas kes pertikaian telah selesai. Jika anda perlu meneruskan transaksi tersebut, anda mungkin patut jumpa pengguna ini depan-depan sebagai langkah berjaga-jaga.
Jika anda mempunyai transaksi yang belum selesai (dimana anda telah membuat bayaran kepada penjual) dan anda tidak dapat menghubunginya, sila hubungi kami di sini.
Jika anda mempunyai sebarang transaksi yang masih belum berjalan dan anda tidak dapat menghubungi penjual, anda boleh menghantar email kepada kami atau menerusi live chat. Live chat tersedia dari 10AM–9PM pada hari Isnin hingga Ahad untuk pengguna di Hong Kong, Malaysia, Filipina, Singapura dan Taiwan. Anda perlu klik butang sembang terapung "Bantuan" di bahagian bawah sudut kanan skrin anda untuk memulakan chat.
Apabila pengguna telah menyelesaikan isu pertikaiannya, banner yang anda nampak di Chat dengan pengguna tersebut akan hilang dari pandangan.
Untuk tip-tip keselamatan untuk deal secara selamat di Carousell, sila rujuk di sini.