Bagaimana saya boleh meninggalkan ulasan untuk pembeli atau penjual?

Meninggalkan ulasan untuk satu sama lain adalah antara cara terbaik untuk saling membantu! Puji seseorang Carouseller jika urusniaga dijalankan dengan sempurna, dan beritahu mereka sekiranya terdapat bahagian-bahagian yang perlu diperbaiki.

Berikut adalah langkah-langkah untuk meninggalkan ulasan:

1. Jika anda seorang Pembeli, ketik "Make Offer"

2. Jika anda seorang Penjual, ketik "Accept Offer"

3. Selepas itu, anda akan dapat melihat butang "Leave Review"

Pembeli dan penjual diberikan masa selama 14 hari untuk meninggalkan ulasan. Selepas 14 hari, anda tidak lagi boleh meninggalkan ulasan untuk urusniaga tersebut.

Kini, anda boleh mengubah ulasan sebelum ia diterbitkan. Ulasan anda tidak akan diterbitkan sehingga satu lagi pihak menulis ulasan; atau setelah 14 hari berlalu. Setelah diterbitkan, ulasan tidak lagi boleh ditukar atau dipadamkan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh membaca Polisi Rating dan Ulasan.

Memberi rating dan ulasan berdasarkan?

Urusniaga Carousell anda bermula sejurus selepas anda berinteraksi dengan pembeli/penjual.

Sebagai seorang pembeli, anda didorong untuk memberi rating kepada penjual anda dengan berdasarkan kriteria (dalam skala 1-5 bintang):

  • Komunikasi
  • Koordinasi untuk berjumpa/penghantaran
  • Barangan seperti yang diiklankan

Sebagai seorang penjual, anda didorong untuk memberi rating kepada pembeli anda dengan berdasarkan kriteria (dalam skala 1-5 bintang):

  • Komunikasi
  • Koordinasi untuk berjumpa/penghantaran
  • Koordinasi pembayaran

 

 

Ada soalan lagi? Serah permintaan

Komen

0 komen

Artikel ditutup untuk komen.