Apa itu Spotlight?
Kami ingin membantu anda untuk menjual degan lebih cepat bersama Spotlight!
Spotlight ialah salah satu alat pemasaran untuk meningkatkan kadar keterlihatan iklan anda di Carousell melalui slot iklan yang tersedia di dalam hasil carian yang dibuat oleh pengguna.
Kempen Spotlight anda akan berjalan sepanjang masa yang ditetapkan dan hanya akan hilang apabila klik unik anda telah dicapai untuk hari ini.
Spotlight menjamin anda akan dapat mencapai bilangan klik unik yang telah ditetapkan di dalam kempen anda. Kos kempen bergantung sepenuhnya di atas anggaran belanja anda. Lebih tinggi bilangan klik yang anda inginkan, lebih tinggi kos kempen Spotlight anda. Di penghujung kempen anda, anda hanya perlu membayar klik yang telah anda terima.
Bagaimanakah caranya untuk saya memulakan kempen Spotlight?
- Pilih iklan di profil anda dan klik "Promote"
- Cari "Spotlight" dan klik "Set Up"
- Ubahsuai butiran kempen anda mengikut ketetapan yang anda perlukan (bilangan Carousell Coins & klik). Anda memerlukan Carousell Coins untuk memulakan kempen anda.
- Setelah anda berpuas hati, klik "Run Spotlight" di bahagian bawah skrin anda.
Anda boleh melayari "Listing Insights" untuk menyemak prestasi kempen anda.
Untuk berapa lama iklan saya akan berada di dalam kempen Spotlight?
Iklan anda akan berada di dalam kempen Spotlight sepanjang tempoh yang anda tetapkan (3 -30 hari). Kempen Spotlight anda hanya akan diberhentikan jika anda telah mencapai bilangan klik harian yang ditetapkan; kempen anda akan berjalan seperti biasa untuk keesokkan harinya. *
Jika kempen Spotlight anda diberhentikan buat sementara, ia mungkin disebabkan oleh:
- Anda telah mencapai had Coins harian yang telah ditetapkan.
- Baki Coins anda berada di bawah 100 Coins. Anda perlu menambah bilangan Carousell Coins anda dan kempen anda akan berjalan seperti biasa
Jika iklan anda telah ditanda dengan 'Sold', 'Reserved', 'Deleted' atau ditukar kategori semasa kempen sedang berjalan, kempen anda akan diberhentikan serta merta. Untuk keterangan lanjut tentang pembiayaian kempen Spotlight anda. , anda boleh klik disini.
* Kempen Spotlight anda mungkin akan diberhentikan secara mengejut apabila ia tidak mencapai prestasi yang memuaskan. Ini mungkin terjadi kerana kualiti iklan yang tidak memuaskan, atau iklan anda telah melanggar polisi/garis panduan komuniti
Jika terdapat beberapa kempen Spotlight yang sedang aktif? Yang mana satu akan dipilih oleh Carousell?
Carousell adalah satu platform yang besar dan mempunyai jutaan impresi terhadap iklan anda setiap hari. Jika terdapat lebih daripada satu iklan menggunakan Spotlight, iklan akan dipaparkan secara rawak sehingga anda mendapatkan bilangan klik yang ditentukan.
Jika kempen anda tidak aktif tidak berada di kedudukan kedua teratas atau di slot-slot lain, iklan anda akan berada di kedudukan asal (begantung kepada 'sort'/'filter')
Adakah iklan saya akan sentiasa berada di 2 kedudukan teratas?
Bergantung kepada bilangan kempen Spotlight yang sedang aktif, iklan anda mungkin tidak selalunya berada di posisi 2 teratas. Jangan bimbang, anda hanya akan membayar bilangan klik yang diterima oleh iklan anda.
Jika iklan berada di dalam status 'Reserved' jika kempen Spotlight masih berjalan?
Jika iklan anda berada di dalam status 'Reserved', kempen anda akan diberhentikan buat masa 24 jam. Jika iklan anda tidak lagi berada di dalam status 'Reserved', kempen anda akan kembali seperti biasa.
Bagaimana untuk saya jika iklan saya dipromosikan melalui Spotlight?
Anda boleh menyemak jika kempen spotlight anda sedang berjalan melalui 'Listing Insights'. Anda akan dapat melihat perbezaan antara Spotlight dan Bump kerana ia berlainan.
Apakah perbezaan antara 'Clicks' dan 'Impressions'?
Apabila seseorang melayari sebarang kategori atau hasil pencarian, tidak semestinya mereka akan klik di setiap iklan yang dipaparkan. Ini adalah definisi untuk 'Impression'; di mana berapa ramai pengguna melihat iklan anda tanpa klik.
Jika ada yang klik kepada iklan anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ini dikira sebagai 'view' dan setiap 'view' adalah unik kepada seseorang pengguna.
Adakah transaksi akan dijamin jika saya menggunakan Spotlight?
Spotlight akan memberikan lebih pertampakan kepada iklan anda. Walaubagaimanapun, kami tidak boleh menjamin kempen Spotlight dapat memberikan 'like', chat ataupun sebarang transaksi. Untuk memastikan anda mendapat pulangan maksimum, pastikan anda menggunakan Spotlight kepada iklan-iklan berkualiti tinggi.
Bagaimakah harga Spotlight ditentukan?
Kos bagi setiap kempen Spotlight berdasarkan bilangan klik, hari, dan kategori yang dipilih untuk iklan anda. Setuap kategori mempunyai permintaan unik dan kempen akan mempunyai kos yang lebih tinggi jika iklan anda berada di dalam kategori yang lebih popular.
Apakah perbezaan antara Spotlight dan Bump?
Kedua-dua alat promosi ini akan mendapatkan iklan anda lebih perhatian akan tetapi ianya berbeza. Spotlight menjamin anda akan mendapat bilangan klik yang ditetapkan sepanjang tempoh kempen berjalan. Kempen Spotlight bermula dengan 40 klik dengan 3 hari minimum.
Bump akan mengubah kedudukan iklan anda dengan memastikan ia berada di atas setiap kategori untuk masa yang singkat dan harganya tidak akan berubah dengan bilangan klik yang diterima. Prestasi Bump bergantung kepada permintaan iklan dan kualiti iklan anda. Berdasarkan data yang kami terima, seorang penjual mendapatkan 2x-4x kali lebih impresi menggunakan Bump berbanding iklan biasa; bergantung kepada jenis Bump yang anda gunakan.
Anda boleh meggunakan Bump jika kempen Spotlight anda sedang berjalan. Ia tidak akan menganggu prestasi satu sama lain. Anda dapat melihat perbezaannya apabila anda menyemak 'Listing Insight'. Klik yang diterima melalui Bump tidak akan dikira sebagai klik kepada kempen Spotlight anda.
Mengapakah saya tidak dapat memulakan kempen Spotlight kepada Kereta dan Hartanah?
Kami tidak menyediakan Spotlight untuk kedua kategori ini. Jika anda adalah pemilik perniagaan atau agen dan ingin lebih penampakan terhadap iklan anda, anda boleh menghubungi kami di business@thecarousell.com
-----------------------------------
Apakah maksud 'priority' untuk kempen Spotlight?
Keutamaan Spotlight bermaksud anda akan mendapat peluang yang lebih tinggi untuk dilihat di ruang yang lebih menonjol dengan sedikit kos tambahan kepada kempen Spotlight anda. Inventori iklan adalah terhad dan penjual yang membayar untuk mendapatkan keutamaan lebih cendurung untuk berjaya.
Iklan-iklan yang ditunjukkan masih tertakluk kepada beberapa pertimbangan lin seperti kesesuaian iklan mengikut kata kunci. Jika terdapat 2 kempen yang sedang berjalan di dalam kategori yang sama dan sama relevan terhadapa kata kunci yang dicari, Spotlight Priority akan diberi keutamaan berbanding kempen biasa.
Sebagai contoh, jika pembeli mencari kata kunci 'iPhone X', 2 kempen Spotlight yang mempunyai kata kunci yang sama akan berada ditunjukkan kepada pembeli. Spotlight Priority akan ditunjukkan terlebih dahulu.
Mengapakah saya perlu membayar untuk 'priority'?
Priority akan dapat menonjolkan iklan anda di slot yang lebih berkesan berbanding iklan lain, dan ia akan dapat memberi lebih banyak klik untuk mendapatkan kempen yang berkesan dan dapat bersaing dengan penjual yang lain di dalam kategori yang sama untuk sesuatu jangka masa.
Jika saya tidak membayar untuk Priority, adakah ini bermakna kempen Spotlight saya tidak akan berjaya?
Kempen anda akan masih ditunjukkan kepada kata kunci relevan terhadap hasil carian. Kami akan berusaha untuk memberikan anda 100% daripada bajet harian anda. Prestasi kempen anda tidak akan terkesan. Ini kerana Priority dibina untuk para penjual yang mahukan lebih impresi dan klik dengan lebih pantas untuk sesuatu jangka masa.
Adakah saya dapat melihat kos Priority oleh pesaing lain?
Ya. Semasa anda sedang menyediakan kempen anda, anda dapat melihat secara keseluruhan tentang kos yang dibayar oleh pesaing lain di dalam kategori yang sama. Walaubagaimanapun, anda tidak dapat melihat kos ini secara individu.
Jika terdapat penjual lain yang membayar untuk Priority, kempen yang manakah akan ditonjolkan terlebih dahulu?
Jika terdapat penjual lain yang mempunya kempen yang sama, kempen anda akan ditonjolkan secara sama rata. Disebabkan inilah, kami menyiarkan purata kos di dalam sesebuah kategori. Kami menyarankan agar anda melebihi 25% daripada penjual lain yang berada di dalam kategori tersebut.
Apakah 'Keyword Targetting'?
Kami sedia tahu akan kegiatan para pembeli mencari kata kunci spesifik untuk memulakan transaksi. Sebagai penjual, anda boleh meletakkan kata kunci sebahagian daripada tajuk iklan atau deskripsi dengan harapan untuk meletakkan iklan anda di tempat yang ketara.
Dengan 'Keyword Targetting', anda dapat menetapkan satu senarai kata kunci yang akan menentukan kempen anda ditonjolkan apabila kata kunci tersebut dicari oleh pembeli. Dengan ini, iklan anda akan dapat dilihat dengan lebih ramai pembeli yang berminat dengan iklan anda.
Nota: tidak tersedia untuk Filipina
Mengapakah saya perlu membayar lebih untuk 'Keyword Targetting'?
Pembeli yang mencari sesuatu kata kunci lebih cendurung untuk memulakan transaksi untuk sesuatu produk dan kempen Spotlight anda akan lebih berjaya dengan 'keyword targetting'.
Bolehkah saya menetapkan kata kunci sendiri?
Tidak. Senarai kata kunci ditetapkan oleh sistem kami bedasarkan iklan anda. Anda hanya boleh memilih daripada senarai yang ditetapkan.
Bagaimanakah senarai ini dipilih?
Secara automatik, kami akan menganalisa iklan anda dan ia disusun mengikut kata kunci yang disarankan. Saranan kami adalah berdasarkan keberangkalian tertinggi anda akan menerima klik apabila kata kunci tersebut digunakan oleh pembeli.
Jika saya tidak menggunakan 'Keyword Targetting', adakah kempen Spotlight saya tidak akan ditonjolkan apabila kata kunci digunakan?
Tidak. Kempen anda akan masih ditonjolkan di dalam carian yang relevan yang digunakan oleh pembeli. 'Keyword Targetting' akan memberi lonjakan kepada kempen anda apabila kata kunci digunakan. Impresi organik untuk kempen anda tidak akan diganggu. 'Keyword Targetting' dibina untuk para penjual yang mahukan lebih pendedahan kepada pembeli yang menggunakan kata kunci yang berkenaan.
Jika saya hanya menggunakan satu kata kunci untuk 'Keyword Targetting', adakah kempen Spotlight saya hanya akan ditonjolkan apabila kata kunci berkenaan digunakan?
Tidak. 'Keyword Targetting' akan memberikan lonjakan kepada kempen anda apabila kata kunci dicari oleh pembeli. Impresi organik untuk kempen anda tidak akan diganggu. 'Keyword Targetting' dibina untuk para penjual yang mahukan lebih pendedahan kepada pembeli yang menggunakan kata kunci yang berkenaan.
Bagaimanakah caranya untuk saya mengetahui kempen Spotlight saya berjaya dengan 'Keyword Targetting'?
Iklan yang menggunakan 'keyword targetting' akan diutamakan dan ia akan mengisi 2 slot teratas jika kata kunci menetapi hasil carian yang dibuat oleh pembeli. Jika anda mahukan maklumat terperinci tentang hasil klik anda berdasarkan kata kunci, anda boleh melawati 'Listing Insight' untuk mengetahui tentang maklumat ini.
Bolehkah saya mengetahui kata kunci yang digunakan oleh penjual lain?
Tidak. Anda hanya boleh melihat kata kunci yang anda gunakan dan kami menyarankan agar anda memilih kata kunci teras jika anda adalah penjual tetap di Carousell kerana ini akan dapat memberikan iklan anda lebih fokus berbanding iklan-iklan lain.
Apakah yang akan terjadi jika ada penjual lain menggunakan kata kunci yang sama?
Jika terdapat penjual lain yang menggunakan kata kunci yang sama, kami akan menunjukkan iklan secara sama rata. Namun begitu, setiap kata kunci mempunyai kedudukan yang berbeza berdasarkan setiap iklan.
Bagaimanakah kos bagi setiap kata kunci dikira?
Kos bagi setiap kata kunci dikira menggunakan hubungan yang relevan antara kata kunci tersebut dan nilainya berdasarkan populariti kata kunci tersebut di Carousell.
Bagaimanakah saya akan dikenakan bayaran berdasarkan kata kunci yang digunakan?
'Keyword Targetting' adalah salah satu ciri-ciri tambahan terhadapat Spotlight. Berdasarkan bajet harian anda untuk Spotlight, 'Keyword Targetting' akan berjalan seperti biasa selama anda masih mempunyai baki Carousell Coins yang cukup untuk menampung kos bagi setiap kata kunci yang digunakan. Carousell Coins hanya akan ditolak selepas sistem kami memberikan klik yang ditetapkan bersama kempen Spotlight anda.
Bolehkah saya menggunakan 'Priority' dan 'Keyword Targetting' pada masa yang sama? Bagaimanakah saya dapat membuat pembayaran?
Ya. Anda boleh menggunakan ciri-ciri ini secara seiringan. Berdasarkan bajet harian kempen anda, 'Keyword Targetting' akan berjalan seperti biasa selama anda masih mempunyai baki Carousell Coins yang cukup untuk menampung kos bagi setiap kata kunci yang digunakan. Kami menyarankan agar para penjual yang serius untuk menggunakan ciri-ciri ini untuk memastikan anda berjaya menjual di Carousell.