Apa itu Carousell Coins?

Carousell Coins membolehkan anda melanggan ciri-ciri di Carousell seperti Bumps, Yuran Pengiklanan dan Spotlight.

Note: Carousell Coins hanya boleh didapati di pasaran Singapura, Malaysia and Hong Kong.

image.gif

Bagaimana untuk menggunakan Carousell Coins?

Senang sahaja: Anda hanya perlu membeli Carousell Coins, kemudian anda boleh menggunakannya untuk Bumps, Yuran Pengiklanan ataupun Spotlight.
 

Apa yang boleh saya beli dengan Carousell Coins?

Carousell Coins hanya boleh digunakan untuk melanggan ciri-ciri Carousell seperti Bumps, Yuran Pengiklanan ataupun Spotlight. Carousell Coins tidak boleh digunakan untuk membeli barangan atau servis yang dijual di pasaran kami.

Untuk makluman anda, Carousell Coins yang dibeli di Singapura hanya boleh dipakai di pasaran Singapura.


Bagaimana Carousell Coins memanfaatkan saya?

Kami akan memberikan diskaun untuk pembelian Coins secara pukal dan nikmatilah penjimatan sebanyak 25% berbanding dengan pembelian kandungan dalam.

Bagaimana saya membeli Coins?

Carousell Coins boleh dibeli melalui kandungan dalam iOS atau Android.

(Untuk pengguna SG sahaja) Anda boleh membuat pembayaran untuk membeli Carousell Coins dengan menggunakan kad kredit atau PayPal. Langkah ini memberikan anda penjimatan yang lebih tinggi berbanding dengan cara pembelian kandungan dalam (penjimatan sebanyak 25%). Untuk pembelian cara tersebut, sila tap pada “Save more with bigger bundles” di bawah bundle Coins yang sedia ada.

Adakah Bumps lebih mahal dengan pembelian Carousell Coins?

Tidak! Sebenarnya, Bumps adalah lebih murah melalui penjimatan yang anda nikmati daripada pembelian Carousell Coins secara pukal.

Bagaimana saya semak baki Carousell Coins saya?

Anda boleh semak baki Carousell Coins di halaman profil anda di bahagian “Coins”.

Sejarah transaksi Carousell Coins anda boleh dilihat tidak lama lagi, dan ini boleh didapati di bahagian “History” di halaman Coins.

Adakah Carousell Coins akan luput?

Ya. Carousell Coins yang dibeli akan luput 12 bulan selepas di kredit ke dalam akaun anda. Semasa kempen atau promosi istimewa, Carousell Coins mungkin akan diberikan secara percuma kepada anda dan tarikh luput Coins percuma biasanya adalah selama 30 hari sahaja, kecuali dinyatakan sebaliknya dalam terma & syarat yang berkenaan. Dalam erti kata lain, setiap pembelian atau pemberian Carousell Coins mempunyai tarikh luput masing-masing. Bagi memastikan anda memaksimalkan Carousell Coins anda, Coins dengan tarikh luput terdekat akan digunakan dahulu.

Anda boleh membaca di sini dengan lebih lanjut!

Bolehkah saya menukar Carousell Coins kepada wang tunai?

Tidak. Pembelian Carousell Coins tidak boleh dikembalikan, dan tidak boleh ditukar kepada bentuk wang tunai.

Bolehkah saya memindahkan Carousell Coins saya kepada pengguna Carousell lain?

Tidak. Carousell Coins tidak boleh ditukar hak milik.

Apakah terma untuk pembelian Carousell Coins?

Ya. Anda boleh membaca Terma & Syarat kami secara lebih lanjut di sini.

Ada soalan lagi? Serah permintaan

Komen

0 komen

Artikel ditutup untuk komen.