Bagaimanakah cara untuk menghubungi Carousell?
[Penyelenggaraan berjadual]
Pada 22 September 2023 (Jumaat), perkhidmatan Live Chat merentas semua pasaran akan ditutup buat sementara waktu untuk penyelenggaraan sistem dari 00:00 hingga 23:59 (UTC+8). Saluran Live Chat akan dibuka pada 23 September 2023 (Sabtu). Sementara itu, anda masih boleh menghantar permintaan kepada kami jika anda mempunyai sebarang pertanyaan. Semak di sini untuk butiran lanjut.
Menyelesaikan masalah adalah salah satu Teras Asas Carousell
dan kami akan sentiasa memastikan para pengguna boleh mendapatkan bantuan secepat mungkin. Jika anda belum jumpa akan artikel yang boleh membantu anda untuk menyelesaikan masalah anda, kami menyarankan anda untuk menggunakan fungsi carian kami di Help Centre ini untuk menemukan artikel yang berkaitan.
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, chat dengan kami! Live chat tersedia dari 10AM–9PM pada hari Isnin hingga Ahad untuk pengguna di Hong Kong, Malaysia, Filipina, Singapura dan Taiwan. Anda perlu klik butang sembang terapung** "Bantuan" di bahagian bawah sudut kanan skrin anda untuk memulakan chat. Anda juga boleh menghubungi kami menerusi email, kami sedia membantu!
** Periksa apakah ada penyambungan pencekalan iklan yang diaktifkan di penyemak imbas anda, kerana mungkin menyekat butang sembang tidak muncul.
Untuk memastikan anda mendapatkan bantuan yang baik, berikut adalah sedikit tip yang mungkin dapat membantu anda menyelesaikan masalah dengan lebih pantas:
- Jika anda mengalami masalah teknikal apabila menggunakan app, pastikan anda telah mengemaskini app anda dengan versi terbaru dan mencuba langkah-langkah ini.
- Jika anda mengalami masalah apabila menjalankan transaksi bersama pembeli atau penjual, sertakan maklumat terperinci untuk dikongsikan kepada kami beserta username akaun dan iklan yang terlibat.
- Jika anda terjumpa iklan yang tidak mematuhi polisi kami, anda boleh membuat laporan kepada kami.
- Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau idea untuk kami menambah baik app kami, kami amat mengalu-alukan cadangan anda untuk menyelesaikan masalah yang anda hadapi dan memperbaiki Carousell.