Apakah yang boleh saya lakukan jika akaun penjual/pembeli telah digantung?
Jika penjual/pembeli anda digantung akses secara mengejut, ini mungkin disebabkan mereka telah melanggar salah satu garis panduan kami. Kesalahan ini mungkin mengiklan barangan terlarang hingga menyalahgunakan platform kami.
Kami amat tidak menggalakan anda untuk meneruskan transaksi ini. Jika anda masih belum mengirimkan duit ataupun barangan anda, sila tunggu hingga isu ini diselesaikan. Kami berharap agar anda tidak tergesa-gesa untuk melengkapkan transaksi ini.
Anda boleh merujuk dengan penjual/pembeli jika anda mahu menerusi nombor telefon yang telah dikongsi sebelum ini atau apa-apa medium komunikasi.
Jika anda mempunyai sebarang transaksi yang masih belum berjalan dan anda tidak dapat menghubungi penjual, anda boleh menghantar email kepada kami atau menerusi live chat. Live chat tersedia dari 10AM–9PM pada hari Isnin hingga Ahad untuk pengguna di Hong Kong, Malaysia, Filipina, Singapura dan Taiwan. Anda perlu klik butang sembang terapung "Bantuan" di bahagian bawah sudut kanan skrin anda untuk memulakan chat.