Ketelitian wajar - Buat kaji selidik sendiri, baca butiran iklan, tanya soalan dan minta gambar supaya barangan yang anda ingin beli adalah seperti yang dijangkakan. Jika anda melihat sesuatu barangan yang tidak patut dijual di Carousel, anda boleh laporkan kepada kamisupaya ia boleh disemak semula dan dipadamkan jika perlu.
Baca ulasan pengguna - Anda boleh membaca ulasan terperinci tentang penjual dengan membuka profil mereka. Disini, ahli-ahli komuniti yang lain termasuklah anda, boleh berkongsi pengalaman berurusiaga dengan penjual tersebut.
Ketahui polisi penjual - Semua urusniaga di Carosusell dianggap sebagai suatu persetujuan di antara anda dengan penjual. Jika terdapat penjual yang mempunyai polisi tersendiri, samada mereka bersetuju untuk merunding harga, pembayaran balik wang dan pemulangan barangan, pastikan anda telah mendapat penjelasan yang sewajarnya terlebih dahulu.
Pastikan urusniaga terjamin dengan membuat tawaran - Ini, bersertakan penerimaan tawaran oleh penjual, adalah kaedah yang Carousell gunakan sebagai tanda persetujuan kedua belah pihak komited terhadap urusniaga tersebut. Ini adalah kerana kedua belah pihak dapat saling bertukar ulasan. Masa paling sesuai untuk berbuat demikian adalan apabila kesemua aspek urusniaga telah dirunding dan dipersetujui, seperti harga dan kaedah penghantaran, hari & masa, dan sebagainya.
Gunakan sistem ulasan - Saling bertukar ulasan dapat membantu kedua belah pihak; memuji Carouseller yang telah memberikan pengalaman terbaik kepada anda, memberitahu mereka sekiranya ada perkara yang boleh diperbaiki. Lebih banyak yang kita mengenali tentang komuniti ini (dan diri sendiri), lebih baik pengalaman yang dapat kita sama-sama nikmati!
Pilih untuk berjumpa supaya anda boleh melihat barangan depan mata - Satu kebaikan apabila anda memilih untuk berjumpa depan-depan untuk berurusniaga adalah anda dapat menilai sendiri barangan tersebut samada ia seperti yang diiklankan seperti kondisi dan saiz, sebelum anda membuat pembayaran. Ia juga merupakan suatu cara yang menyeronokkan untuk bertemu dengan rakan baru yang berkongsi minat dan hobi sama dengan anda.
Buat permintaan untuk penghantaran boleh jejak - Kaedah penghantaran boleh jejak memberikan jaminan tentang lokasi barangan anda. Kaedah penghantaran ini biasanya dijamin oleh skim perlindungan insurans yang ditawarkan oleh syarikat penghantaran tersebut jika ada kes kehilangan yang jarang berlaku. Oleh yang demikian, jangan mengambil risiko terutamanya jika anda membeli barangan yang berharga!
Sentiasa berwaspada terutamanya jika membeli tiket event dan baucar - Apabila membeli tiket yang boleh dijual semula atau baucar, pastikan anda ketahui terma & syarat yang biasanya tertera di sebalik tiket itu. Sesetengah tiket atau baucar tidak dibenarkan untuk dijual semula dan mungkin ditolak oleh penganjur atau penjual apabila anda ingin menggunakannya. Oleh itu, anda disarankan supaya berjumpa depan-depan bagi memastikan kesahihan tiket atau baucar tersebut.
Laporkan isu - Jika anda berdepan dengan isu tentang pembelian anda, hubungi kami dengan kadar segera supaya kami dapat membantu.