Bagaimana saya menukarkan notifikasi Push dan Email?
Pilih jenis kemas kini (update) yang anda ingin terima dari Carousell dengan memperibadikan notifikasi Push dan Email anda! Buat masa ini, notifikasi ini hanya diaktifkan untuk aplikasi mobile kami sahaja, tetapi anda masih boleh memilih untuk menerima notifikasi emel jika anda pengguna Web Carousell!
Untuk membuat penukaran tersebut:
- Buka profile dengan memilih "Me"
- Pilih "Settings"
- Pilih "Notification Settings"
- Buat penukaran yang sesuai dengan apa yang anda hendak
Jika anda tidak dapat melihat sebarang pilihan toggle untuk mengaktifkan notifikasi Push, anda mungkin belum membenarkannya di telefon pintar anda. Oleh itu, anda boleh pergi ke bahagian Tetapan (Settings) dalam telefon anda dan pastikan Push Notifications enabled (dibenarkan) untuk aplikasi Carousell anda.
Kami menggalakkan anda sentiasa membenarkan notifikasi Push untuk "New chat messages" dan "New offers made to you" supaya anda tidak kehilangan peluang untuk merebut tawaran baik dan perbualan (Chats)!