Bagaimana saya mendaftar untuk akaun Carousell?
Mendaftar menerusi Aplikasi Carousell
Setelah membuka aplikasi Carousell pada kali pertama, anda akan diminta untuk mendaftar atau log masuk dengan Facebook, alamat emel atau Google+.
1. Daftar menggunakan Emel
Untuk membuka akaun dengan menggunakan emel anda:
1. Pilih 'Sign up for an account'
2. Tambah gambar profil
3. Masukkan Nama Pengguna, Kata Laluan, Bandar, dan Alamat Emel pilihan anda
4. Ketik 'Create my account' dan anda sudah bersedia!
2. Daftar menggunakan Facebook
Untuk mendaftar akaun menggunakan Facebook, anda perlu mempunyai akaun Facebook yang sah. Ikuti langkah-langkah berikut:
1. Pilih 'Continue with Facebook'
2. Anda mempunyai pilihan untuk mendaftar dengan butiran dari aplikasi Facebook (jika sudah dipasang dalam telefon anda), atau dengan memasukkan butiran Facebook anda secara manual. Kami cadangkan anda memilih 'Log in with Phone Number or Email Address' untuk mendaftar dengan menggunakan butiran dari akaun Facebook tersebut
3. Pilih 'Log in' dan, bergantung kepada ketersediaan nama pengguna yang dipilih, anda mungkin diarahkan semula ke satu lagi laman untuk menukar nama pengguna anda
Itu sahaja! Selepas ini, anda hanya perlu ketik 'Continue with Facebook' setiap kali anda ingin log masuk.
3. Dafter menggunkan Google Mail
Jika anda sudah mempunyai akaun Gmail atau ingin mendaftar untuk akaun Gmail baru, pilih Google di skrin utama aplikasi. Bila diminta, anda hanya perlu log masuk ke dalam akaun Google+ anda yang sedia ada, atau cipta akaun yang baru!
Selepas itu, anda akan menerima emel verifikasi untuk mengesahkan akaun anda. Anda perlu mengesahkan akaun Carousell anda untuk menjual di tapak pasaran kami.
Mendaftar menerusi Carousell Web
Untuk mencipta akaun Carousell dengan menggunakan pelayar web (Chrome, Safari, Firefox), ikuti langkah-langkah berikut*:
1. Pergi ke https://carousell.com
2. Pilih 'New User? Register' di bahagian atas sebelah kanan laman tersebut
3. Masukkan Nama Pengguna, Kata Laluan, Negara, dan Alamat Emel yang sah pilihan anda
4. Masukkan nombor telefon dan ketik 'Verify'
5. Anda akan menerima nombor 6-digit kod pengesahan melalui SMS (Digits oleh Twitter)
6. Masukkan kod tersebut untuk mengesahkan nombor telefon anda
Setelah kesemua butiran diisikan dan anda telah menanda 'Im not a robot', anda akan boleh ketik butang 'Sign up' dimana akaun anda berjaya dicipta!
Selepas itu, anda akan menerima emel verifikasi untuk mengesahkan akaun anda. Anda perlu mengesahkan akaun Carousell anda untuk menjual di tapak pasaran kami.