Privacy Policy (Dasar Privasi)

 

Privacy Policy (Dasar Privasi)

Please kindly note that the privacy policy below has been translated to Malay and in the event of any inconsistencies in the meaning of any provision of the English language text of the original privacy policy and the following Malay text of this privacy policy, the English language text shall prevail.

  1. Pengenalan

Kami amat menghargai komuniti kami di Carousell. Ia adalah amat penting kepada kami bahawa anda bukan sahaja mempunyai pengalaman menjual beli yang baik di Carousell etapi anda juga berasa selesa dan selamat semasa melaksanakan urusan jual beli tersebut.

Dasar Privasi ini adalah tambahan kepada Syarat-syarat Perkhidmatan kami dan dasar ini menghuraikan cara-cara yang Carousell, anak-anak syarikat Carousell dan syarikat bersekutu Carousel gunakan untuk menguruskan maklumat yang dikumpul dan diterima oleh kami semasa anda menggunakan laman-laman web, aplikasi mudah alih dan perkhidmatan-perkhidmatan kami (secara kolektif dirujuk sebagai “Perkhidmatan” tersebut). Dasar ini juga mengawal pengumpulan, penggunaan dan pendedahan maklumat anda oleh pihak kami. 

  1. Maklumat yang kami kumpul dan terima

Kami mungkin akan mengumpul dan menerima maklumat daripada anda dalam situasi-situasi yang berikut:

  • Apabila anda mendaftar satu akaun dengan kami (“Akaun”)
  • Apabila anda memilih untuk menyambungkan Akaun anda dengan satu pihak ketiga luaran seperti Facebook.
  • Apabila anda mengunakan fungsi-fungsi yang terdapat dalam Perkhidmatan kami, contohnya, dengan membuat penyenaraian, semasa berinteraksi dengan pengguna-pengguna yang lain melalui perkhidmatan berbual kami atau semasa berurus niaga dengan pengguna-pengguna yang lain.
  • Jika anda menghubungi kami, contohnya, jika anda mempunyai soalan atau ingin melaporkan sesuatu masalah.
  • Apabila anda membuat pendaftaran dengan kami bagi tujuan soal selidik, kempen, pertandingan dan/atau cabutan bertuah.
  • Apabila anda berinteraksi dengan kami di luar talian atau melalui satu pihak ketiga.

Anda tidak mempunyai tanggungjawab untuk memberikan maklumat anda kepada kami. Namun demikian, kami mungkin tidak dapat membekalkan sesetengah Perkhidmatan kami kepada anda sekiranya anda memilih untuk tidak memberikan maklumat tersebut atau menarik balik persetujuan yang diberikan kepada kami untuk menerima maklumat tersebut. 

Dengan memberi apa-apa maklumat yang berkaitan dengan pihak ketiga (contohnya maklumat tentang pasangan, anak, ibu bapa, dan/atau pekerja-pekerja anda) kepada kami, anda telah mewakilkan diri anda dan memberi jaminan bahawa anda telah memperolehi persetujuan daripada pihak ketiga tersebut untuk memberikan maklumat mereka kepada kami untuk tujuan-tujuan yang berkaitan.

Kami mungkin akan mengumpul dan menerima maklumat yang berikut. Harap maklum bahawa bukan semua Perkhidmatan kami akan mengumpul semua maklumat yang disenaraikan di bawah:

  • Kelayakan akaun seperti nama pengguna.
  • Maklumat profil seperti nama, jantina, alamat e-mel, gambar profil, nombor telefon bimbit dan tarikh lahir.
  • Maklumat yang diperlukan untuk CarouPay (termasuk perkhidmatan pembayaran dan penghantaran) seperti butiran-butiran kad kredit atau kad debit, akaun bank, nombor Kad Pengenalan/Nombor Pengenalan Asing, alamat dan nombor telefon bimbit.
  • Maklumat lokasi seperti lokasi terakhir yang diketahui dan lokasi pertemuan.
  • Maklumat-maklumat lain yang anda dedahkan melalui apa-apa cara yang tersebut di atas dan/atau melalui penggunaan Perkhidmatan kami.
  • Data agregat yang dikumpul melalui penggunaan Perkhidmatan kami.
  • Apa-apa komunikasi antara anda dan pengguna-pengguna lain Perkhidmatan kami. 
  1. Interaksi anda dengan orang lain

 Perkhidmatan kami menawarkan fungsi-fungsi yang membenarkan pengguna menyambung dan berkomunikasi dalam kumpulan-kumpulan awam atau separa awam serta berkongsi maklumat antara satu sama lain untuk menyempurnakan sesuatu urus niaga. Sila gunakan pemikiran yang wajar dan penilaian yang baik semasa berkongsi maklumat dalam kumpulan-kumpulan ini atau bersama individu lain. Secara umumnya, kami tidak akan mengawas atau menghapuskan maklumat yang anda kongsi. Maklumat tersebut mungkin akan kekal dalam Perkhidmatan kami walaupun Akaun anda telahpun dinyahaktifkan, ditamatkan ataupun telah ditutup. Anda bertanggungjawab ke atas maklumat yang anda pilih untuk berkongsi dengan kumpulan-kumpulan ini atau dengan individu yang lain.

  1. Bagaimana kami menggunakan maklumat yang kami kumpul

Kami mungkin akan menggunakan maklumat yang dikumpul dan diterima daripada anda untuk tujuan-tujuan yang berikut:

  • Untuk mengesahkan identiti anda, mengemaskini rekod kami dan secara am nya, mengendalikan Akaun anda dengan kami.
  • Untuk membekalkan Perkhidmatan kami dan menyesuaikan kandungan yang ditunjukkan kepada anda.
  • Untuk membangunkan, mengendalikan, meningkatkan, menyampaikan dan mengendalikan Perkhidmatan kami.
  • Untuk memproses urus niaga.
  • Untuk memproses atau menguruskan perkhidmatan pembayaran dan/atau penghantaran.
  • Untuk memproses atau menyelesaikan apa-apa pertikaian yang timbul daripada atau yang berkaitan dengan apa-apa urus niaga berdasarkan Syarat-syarat Perkhidmatan kami.
  • Untuk mengesan atau mengawas apa-apa penipuan atau kandungan, perniagaan atau aktiviti lain yang dilarang.
  • Untuk menjawab pertanyaan dan menyelesaikan aduan anda.
  • Untuk memudahkan, mengesahkan dan/atau menyediakan maklumat terkini atau pemberitahuan yang berkaitan dengan apa-apa urus niaga.
  • Untuk melaksanakan pungutan suara, kaji selidik, analisis dan penyelidikan mengenai cara-cara penggunaan Perkhidmatan kami dan langkah-langkah untuk memperbaiki cara-cara penggunaan tersebut.
  • Untuk menyampaikan maklumat terkini mengenai penyenaraian anda dan Perkhidmatan kami (contohnya tawaran-tawaran baru, perbualan-perbualan baru, maklum balas-maklum balas baru dan komen-komen baru). Maklumat-maklumat terkini akan dihantar melalui e-mel dan/atau melalui pemberitahuan tolak (“push notification”) dan anda boleh memilih untuk berhenti melanggan maklumat-maklumat terkini ini pada bila-bila melalui halaman "Tetapan" Akaun anda.
  • Untuk menghantar bahan-bahan pemasaran dan/atau promosi mengenai produk-produk dan perkhidmatan Carousell yang terkini atau pihak ketiga yang dipilih dengan teliti. Maklumat-maklumat terkini ini akan dihantar melalui e-mel dan/atau melalui pemberitahuan tolak dan anda boleh memilih untuk berhenti melanggan maklumat-maklumat terkini ini melalui halaman "Tetapan" Akaun anda. Maklumat-maklumat terkini ini juga boleh disampaikan kepada anda melalui mesej-mesej teks dan/atau panggilan-panggilan jika anda telah menyatakan bahawa anda ingin menerima maklumat-maklumat terkini tersebut melalui cara-cara ini.
  • Untuk menghantar mesej-mesej yang berkaitan dengan perkhidmatan termasuk tetapi tidak terhad kepada satu emel sambutan/pengesahan apabila anda mendaftar Akaun anda dan untuk menguatkuasakan Syarat-syarat Perkhidmatan dan polisi-polisi lain kami. Mesej-mesej ini tidak bersifat pengiklanan. Mesej-mesej ini akan dihantar melalui e-mel dan/atau melalui pemberitahuan tolak dan anda mungkin tidak boleh memilih untuk tidak menerima mesej-mesej yang berkaitan dengan perkhidmatan daripada Carousell, melainkan jika anda menyahaktifkan akaun anda.
  • Untuk melaksanakan fungsi atau perkhidmatan yang dimaklumkan kepada anda semasa pengumpulan.
  • Untuk memberikan pengalaman pengiklanan dalam talian yang lebih khusus. Carousell mempunyai peralatan dan perkhidmatan untuk menghasilkan iklan, menyampaikan iklan ke peranti bagi pihak pengiklan, mengawas kejayaan dan menguruskan kempen pengiklanan dan menyampaikan iklan-iklan yang lebih menarik dan berguna kepada anda. Penyampaian iklan yang bersesuaian dengan minat pengguna adalah dikenali sebagai "pengiklanan berdasarkan minat" (kadang-kadang juga dikenali sebagai "pengiklanan tingkah laku"). Untuk maklumat lanjut tentang pengiklanan berdasarkan minat, dan juga untuk memahami maksud pilih-keluar (“opt-out”), dan pilihan pilih-keluar anda untuk peranti-peranti anda, termasuk pelayar komputer dan pelayar bimbit dan peranti, sila lihat bahagian 10 "Pilih-Keluar Carousell" di bawah.
  • Jika anda adalah ahli panel soal selidik kami, maklumat anda juga boleh digunakan untuk menguruskan keahlian panel anda dan menghantar mesej yang berkaitan dengan perkhidmatan, peluang soal selidik yang baru serta maklumat terkini mengenai ganjaran dan insentif anda. Maklumat-maklumat terkini ini akan dihantar melalui e-mel dan/atau melalui pemberitahuan tolak dan anda boleh memilih untuk berhenti melanggan maklumat-maklumat terkini ini melalui halaman "Tetapan" Akaun anda. Maklumat-maklumat terkini ini juga boleh disampaikan kepada anda melalui mesej-mesej teks dan/atau panggilan-panggilan jika anda telah menyatakan bahawa anda ingin menerima maklumat-maklumat terkini tersebut melalui cara-cara ini.
  • Untuk membekalkan dan menjalankan pengiklanan merentas-aplikasi dan merentas-peranti (iaitu pengiklanan merentas pelayar dan aplikasi pada satu peranti, serta pengiklanan merentas-peranti), serta penghantaran dan pelaporan pengiklanan. Maklumat tersebut termasuk maklumat yang dihuraikan di atas dan data yang dikumpul daripada komputer, pelayar atau peranti yang tertentu dan mungkin akan digunakan dengan komputer, pelayar atau peranti lain yang disambungkan dengan komputer, p atau peranti yang mengumpul data tersebut.
  • Untuk menjana "penonton Lookalike" atau "penonton serupa" pengguna prospektif menerusi platform pengiklanan Facebook atau Google dan / atau penyedia perkhidmatan yang serupa. Ini membolehkan kami menyampaikan iklan yang disasarkan pada rangkaian mereka kepada pengguna yang berpotensi, di mana pengguna berpotensi tersebut mungkin mempunyai kepentingan bersama atau demografi yang serupa dengan pengguna sedia ada, berdasarkan data platform pengiklanan ini. Kami biasanya melakukan ini dengan memuat naik senarai alamat e-mel dengan cara yang selamat. DasarFacebook adalah untuk menyulitkan hash (menyulitkan) senarai sedemikian secara tempatan dan sebelum memuat naik. Facebook kemudian akan memadankan data hashed terhadap pengguna mereka sendiri dan menjana penonton Lookalike. Senarai yang dimuat naik kemudian akan dipadamkan dan tidak akan diperhatikan digunakan untuk tujuan lain. Carousell tidak akan mempunyai akses kepada identiti mana-mana pengguna dalam penonton yang kelihatan seperti itu, melainkan jika individu itu memilih untuk mengklik pada iklan yang kami sampaikan. Jika anda ingin menyisih daripada "penonton serupa" di Google, anda boleh berbuat demikian melalui Tetapan Iklan Google anda.
  • Untuk mematuhi peraturan-peraturan yang berkaitan dengan Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Penentangan Pembiayaan Keganasan serta undang-undang dan peraturan-peraturan lain yang berkenaan.
  1. Dengan siapa kami berkongsi maklumat anda?

Kami mungkin akan berkongsi maklumat anda dengan cara- cara yang berikut:

  • Apabila anda mendaftar satu Akaun, maklumat yang anda letakkan di profil anda mungkin boleh dilihat oleh pengguna-pengguna kami yang lain. Pengguna-pengguna kami yang lain juga mungkin dapat melihat kandungan yang anda muat naik dan kongsikan menggunakan Perkhidmatan yang kami sediakan.
  • Kami mungkin berkongsi maklumat anda dengan anak-anak syarikat kami dan pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang melaksanakan aspek-aspek tertentu perkhidmatan bagi pihak kami, seperti pemprosesan urus niaga, perkhidmatan pembayaran atau penghantaran, membuat permintaan untuk mendapatkan maklumat, menerima dan menghantar komunikasi, mengemas kini senarai pemasaran, tujuan menganalisis data, membekalkan perkhidmatan sokongan atau urusan-urusan yang lain. Pembekal-pembekal perkhidmatan tersebut hanya mempunyai akses kepada maklumat peribadi anda setakat yang diperlukan untuk melaksanakan urusan-urusan mereka.
  • Kami mungkin berkongsi maklumat anda dengan rakan-kongsi berpotensi, pelabur-pelabur dan pihak-pihak lain yang berpotensi dalam mengusahakan perniagaan perkongsian, kerjasama, usaha sama atau untuk memperkembangkan perniagaan kami.
  • Kami mungkin berkongsi apa-apa maklumat yang dikumpul mengikut Dasar Privasi ini dengan: (i) pihak kerajaan dan autoriti pengawalseliaan atau pihak mahkamah di mana-mana bidang kuasa; (ii) Tuntutan dari mana-mana pihak atau pihak ketiga yang bakal membuat tuntutan; atau (iii) bank yang mengeluarkan kad, institusi kewangan dan/atau pembekal perkhidmatan pembayaran anda, untuk memproses atau menyelesaikan sebarang caj balik, pembalikan pembayaran dan/atau pertikaian yang timbul atau yang berkaitan dengan urus niaga melalui Perkhidmatan kami berdasarkan Syarat-syarat Perkhidmatan kami.
  • Bersamaan dengan maklumat lain yang dinyatakan di dalam Dasar Privasi ini, kami mungkin akan mengumpul dan berkongsi maklumat tepat lokasi dengan platform pengurusan data pihak ketiga atau rakan kongsi pengiklanan dan analisis. Maklumat lokasi ini boleh digunakan secara sendiri, secara keseluruhan atau digabungkan dengan pengecam mudah alih (seperti IDFA dan ID Android) dan mungkin dikongsi dengan pihak ketiga untuk tujuan-tujuan yang berkaitan dengan pengiklanan, analisis, penilaian (contohnya, mengukur keberkesanan iklan), dan kaji selidik. Kami telah menyenaraikan pautan-pautan laman web kepada dasar-dasar privasi mereka di bawah.
  • Kami mungkin mendedahkan maklumat peribadi anda jika dikehendaki oleh undang-undang atau jika kami percaya bahawa pendedahan sedemikian adalah perlu untuk mencegah penipuan dan jenayah, atau untuk melindungi Perkhidmatan kami atau hak, harta atau keselamatan peribadi individu-individu

Kami bekerjasama dengan platform pengurusan data pihak ketiga atau rakan kongsi pengiklanan dan analisis seperti berikut:

Kami turut bekerjasama dengan pembekal perkhidmatan ketiga yang lain seperti berikut:

  • Sift Science- untuk perkhidmata pengenalpastian dan pencegahan penipuan.
  • Stripe – pembekal khidmat pembayaran.

Anda boleh klik nama pihak ketiga ini untuk membaca dasar privasi mereka.

Kami menghormati privasi anda dan kami tidak akan menjual maklumat peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga. Kami mungkin mendedahkan data dan statistik agregat mengenai pengguna-pengguna Perkhidmatan dan jualan kami kepada bakal rakan-rakan kongsi, pengiklan-pengiklan, penaja-penaja dan pihak-pihak ketiga lain yang bereputasi untuk menerangkan Perkhidmatan kami, menyampaikan iklan yang disasarkan atau untuk tujuan-tujuan lain yang sah di sisi undang-undang. Walau bagaimanapun, data dan statistik ini tidak termasuk maklumat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti identiti anda.

Anda boleh membuat pengecualian (pilih keluar) agar kami tidak berkongsi maklumat tanpa nama yang disenaraikan di atas melalui halaman "Tetapan" Akaun anda. Untuk maklumat lanjut mengenai cara-cara kami berkongsi maklumat dan pilihan-pilihan untuk  pengecualian, sila rujuk artikel ini. 

  1. Pindahan Maklumat

Dengan menggunakan Perkhidmatan kami, anda membenarkan kami untuk menggunakan maklumat anda di Singapura, Amerika Syarikat, Taiwan dan negara-negara lain di mana Carousell beroperasi untuk tujuan yang disebutkan di atas. Kami akan memastikan bahawa maklumat anda dipindahkan mengikut Dasar Privasi ini dan dilindungi mengikut undang-undang terpakai yang berkenaan dengan perlindungan data peribadi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010  Malaysia ). 

  1. Melindungi maklumat anda

Keselamatan maklumat anda adalah penting bagi kami. Kami mempunyai langkah-langkah keselamatan untuk mencegah kehilangan, penyalahgunaan dan pengubahan maklumat di bawah kawalan kami. Kami juga mengikut piawaian industri yang diterima umum untuk melindungi maklumat yang dihantar kepada kami melalui Internet, semasa penghantaran dan juga semasa kami menerima maklumat tersebut. Kami akan menyulitkat maklumat sensitif (seperti nombor kad kredit) dengan menggunakan teknologi Lapisan Soket Selamat (SSL). Walau bagaimanapun, tiada kaedah penghantaran melalui Internet atau kaedah penyimpanan elektronik yang selamat 100%. Justeru itu, kami juga tidak dapat menjamin keselamatan mutlaknya walaupun kami berusaha menggunakan cara-cara yang boleh diterima secara komersial untuk melindungi maklumat anda,

Anda mesti melindungi Akaun dan maklumat anda daripada diakses tanpa kebenaran anda. Anda mestimemilih kata laluan secara berhati-hati dan menjaga kata laluan dan Akaun anda dengan selamat (contohnya  mendaftar keluar selepas menggunakan Perkhidmatan kami). 

  1. Mengakses dan mengemas kinikan maklumat anda

Anda boleh mengakses dan mengemas kinikan maklumat anda dalam Perkhidmatan kami melalui halaman “Tetapan” Akaun anda. 

Jika anda membekalkan maklumat peribadi anda kepada kami, anda bertanggungjawab untuk membekalkan maklumat peribadi yang tepat, tidak mengelirukan, lengkap dan terkini mengenai diri anda dan orang-orang yang lain dan mengemas kinikan maklumat peribadi tersebut apabila maklumat tersebut telah menjadi tidak tepat, mengelirukan, tidak lengkap atau ketinggalan zaman.

Dalam keadaan-keadaan yang tertentu, anda mungkin perlu membekalkan maklumat peribadi orang lain selain daripada diri anda sendiri kepada kami. Dalam keadaan sedemikian, kami bergantung kepada anda untuk memaklumkan kepada individu-individu tersebut bahawa anda akan membekalkan maklumat peribadi mereka kepada Carousell. Ini bertujuan untuk memastikan bahawa mereka bersetuju dengan pemberian maklumat tersebut. Anda juga perlu menasihatkan mereka tentang tempat di mana mereka boleh mendapatkan satu salinan Dasar Privasi ini.

 Jika anda ingin:

  • memohon satu salinan maklumat yang kami terima tentang anda; atau
  • menarik balik persetujuan yang telah anda berikan kepada kami untuk menggunakan, mengumpul atau mendedahkan maklumat yang kami terima tentang anda,

sila hubungi Pegawai Perlindungan Data Peribadi kami di butiran hubungan yang dinyatakan di Seksyen 13 di bawah.

Sila berikan kami satu tempoh masa yang munasabah untuk menjawab apa-apa permintaan dan membuat apa-apa perubahan. Kami mungkin akan meminta anda untuk mengesahkan identiti anda dan meminta maklumat lanjut mengenai permintaan anda. Pihak kami berhak untuk menolak permintaan anda jika dibenarkan di sisi undang-undang dan mungkin memberikan alasan kepada anda berkenaan dengan penolakan tersebut.

Apabila anda meminta satu salinan maklumat yang kami simpan tentang diri anda, kami mungkin mengenakan caj bayaran pentadbiran yang munasabah bagi menampung kos untuk membalas permintaan anda. Sekiranya kami membuat keputusan untuk berbuat demikian, kami akan memberikan anda anggaran bayaran secara bertulis terlebih dahulu.

  1. Teknologi penjejakan

Kami menggunakan teknologi penjejakan untuk Perkhidmatan kami. Ini membolehkan kami memahami cara-cara anda menggunakan Perkhidmatan kami dan ini seterusnya dapat membantu kami menyediakan dan meningkatkan Perkhidmatan kami. Walau bagaimanapun, teknologi penjejakan ini tidak boleh mengakses, menerima atau mengumpul maklumat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti identiti anda. Kami telah menyenaraikan beberapa contoh teknologi penjejakan yang digunakan di Perkhidmatan kami:

  • Cookies adalah satu fail data yang kecil yang dihantar dari laman web ke pelayar yang disimpan di dalam peranti anda. Cookies digunakan untuk beberapa tujuan, termasuk untuk memaparkan kandungan yang paling sesuai berdasarkan minat dan aktiviti anda di Perkhidmatan kami, menganggarkan dan melaporkan saiz dan trafik jumlah pengguna Perkhidmatan kami dan menjalankan penyelidikan untuk meningkatkan Perkhidmatan kami. Anda boleh mengkonfigurasi tetapan peranti anda bedasarkan keutamaan anda sama ada untuk menerima atau menolak cookies. Jika anda menolak semua cookies, anda tidak akan dapat memanfaatkan Perkhidmatan kami dengan sepenuhnya.
  • Kami mungkin dari semasa ke semasa menggunakan Alat Perniagaan Facebook seperti Facebook Pixel. Alat ini membolehkan Carousell menjejaki apa yang pengguna lakukan selepas mereka melihat atau klik iklan Facebook dan boleh membantu kami untuk memantau keberkesanan iklan Facebook untuk tujuan statistik dan penyelidikan pasaran. Carousell akan mendapat peluang untuk memahami dan menyampaikan iklan yang lebih relevan kepada anda. Data yang dikumpulkan tetap tanpa nama dan Carousell tidak dapat melihat data peribadi pengguna individu. Walau bagaimanapun, data yang dikumpulkan akan disimpan dan diproses oleh Facebook. Facebook mungkin akan dapat mengait data tersebut dengan akaun Facebook anda dan menggunakan data untuk tujuan pengiklanan mereka. Facebook akan mengikut Dasar Penggunaan Data Facebook. Facebook mempunyai kawalan mutlak ke atas maklumat yang dikumpulkan melalui Alat dan Komunikasi Perniagaan Facebook. Anda boleh memilih untuk pilih keluar daripada penggunaan cookies Facebook dan Facebook Pixel melalui halaman “Tetapan” pada Akuan Facebook anda atau menarik balik persetujuan anda di sini.
  • Gif yang jelas. Kami menggunakan teknologi perisian yang dipanggil gif yang jelas (turut dipanggil beacon web atau bug web) untuk membantu kami menguruskan kandungan dalam Perkhidmatan kami dengan lebih baik dengan memberitahu kami kandungan apa yang berkesan. Gif yang jelas adalah grafik kecil yang mempunyai satu pengecam unik yang serupa dengan fungsi cookies, dan berfungsi untuk mengesan pergerakan pengguna web dalam talian. Berbeza dengan cookies yang disimpan dalam cakera keras komputer pengguna, gif yang jelas dibenamkan secara tidak kelihatan di laman web dan adalah kira-kira saiz tempoh pada akhir ayat ini.

Data yang dikumpul dengan cara ini tidak boleh dikenalpasti oleh kami, kami tidak dapat melihat data peripadi pengguna individu. Walau bagaimanapun, data ini disimpan dan diproses oleh Facebook. Facebook boleh mengaitkan data ini dengan akaun Facebook anda dan menggunakannya untuk tujuan pengiklanan sendiri, selaras dengan Dasar Data Facebook yang boleh didapati di https://www.facebook.com/about/privacy/. Anda boleh membenarkan Facebook dan rakan kongsinya memaparkan iklan di dalan atau di luar Facebook. Cookie juga boleh disimpan pada peranti anda untuk tujian ini.

Sila klik di sini jika anda ingin menarik balik persetujuan anda https://www.facebook.com/settings/?tab=ads#_=_

  • Flash cookies. Kami menggunakan Flash cookies (turut dipanggil  local shared objects atau LSO) untuk menyimpan beberapa tontonan pilihan anda pada Perkhidmatan kami. Flash cookies ini digunakan untuk mengumpulkan dan menyimpan maklumat tetapi Flash cookies ini berbeza dengan cookies pelayar dari segi jumlah, jenis dan cara penyimpanan data. 
  1. Pilih-keluar Carousell

Kami mungkin menyampaikan iklan-iklan yang diperibadikan dan/atau disasarkan (masing-masing dirujuk sebagai "Iklan yang Disasarkan") kepada anda semasa anda menggunakan Perkhidmatan kami dan/atau melalui pelbagai rangkaian dan pertukaran iklan.

Anda boleh memilih keluar daripada pengesanan perilaku dan/atau pengiklanan berdasarkan minat melalui Platform kami dari halaman "Tetapan" Akaun anda. Perubahan anda terhadap tetapan untuk pilih-keluar ini mungkin mengambil masa 24 jam untuk berkesan.

Harap maklum bahawa jika anda membuat "pilih-keluar", kami tidak akan menggunakan maklumat yang kami kumpulkan tentang anda untuk menyampaikan Iklan yang Disasarkan. Namun begitu, pilihan ini tidak akan membolehkan anda untuk tidak menerima iklan. Anda masih akan menerima iklan am yang tidak disasarkan. Selain itu, anda masih boleh dihantarkan iklan atas sebab-sebab yang lain seperti:

  • Iklan umum yang disampaikan kepada semua pengguna Perkhidmatan kami
  • Iklan-iklan yang diperibadikan dan/atau disasarkan daripada pihak-pihak ketiga dan tidak dihantar oleh Carousell melalui telefon bimbit dan/atau aktiviti-aktiviti web anda.

Sila turut ambil perhatian bahawa walaupun Carousell tidak akan berkongsi data peribadi anda (selain dari pengenal atau pengecam peranti, setakat mana mereka dianggap sebagai data peribadi di sesetengah negara) dengan apa-apa rangkaian pengiklanan dan pertukaran iklan tanpa persetujuan anda atau melainkan seperti yang ditentukan dalam Dasar Privasi ini, semasa anda melihat atau berinteraksi dengan sesuatu iklan melalui mana-mana peranti anda, pengiklan, rangkaian atau pertukaran iklan akan dapat membuat kesimpulan bahawa anda merupakan penonton sasaran mereka. Apabila anda mengklik pada sesuatu iklan, penerbit dan/atau pengiklan akan mengetahui bahawa anda telah melawat halaman yang anda klik dan masih dapat mengaitkan data peribadi yang dikumpulkan oleh pihak ketiga tersebut secara langsung daripada Anda melalui cookies mereka dan teknologi penjejakan yang sama.

Untuk maklumat lanjut tentang cara-cara bagaimana anda boleh menguruskan keutamaan pengiklanan dan membuat “pilih-keluar” agar tidak menerima Iklan yang Disasarkan, sila rujuk kepada artikel ini. 

  1. Perubahan kepada Dasar Privasi

Kami berhak untuk membuat perubahan kepada Dasar Privasi ini pada bila-bila masa dan semua perubahan akan dipaparkan di sini. Sekiranya kami percaya bahawa perubahan-perubahan tersebut adalah penting, kami akan memaklumkan perubahan-perubahan tersebut kepada anda dengan menyiarkan satu notis pada Perkhidmatan kami atau melalui e-mel. Anda bertanggungjawab untuk menyemak segala perubahan yang telah kami buat terhadap Dasar Privasi ini. Anda dianggap telah menerima Dasar Privasi yang terkini sekiranya anda terus menggunakan Perkhidmatan kami.

  1. Laman web dan sumber pihak ketiga

Perkhidmatan kami mungkin mengandungi pautan ke laman-laman web atau sumber-sumber luar yang dikendalikan oleh pihak ketiga dari masa ke masa. Kami tidak mempunyai kawalan ke atas kandungan dan amalan privasi laman-laman web atau sumber-sumber tersebut. Anda dinasihatkan untuk mengkaji semula dasar privasi laman-laman web dan sumber-sumber yang dikendalikan oleh pihak ketiga dan memahami cara-cara bagaimana maklumat anda mungkin digunakan oleh pihak ketiga tersebut.

  1. Hubungi kami

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, aduan, kebimbangan atau komen yang berkenaan dengan Dasar Privasi kami, anda boleh menghubungi kami +65 69313148 (Head of Legal) atau dengan menghantar e-mel ke dpo@thecarousell.com. Tajuk subjek anda akan membantu kami mengendalikan e-mel anda dengan cepat dengan menghantarkan pertanyaan anda kepada kakitangan yang berkaitan di dalam organisasi kami. Contohnya, anda boleh meletakkan "Mengakses Data Peribadi" sebagai tajuk subjek anda.

  1. Konflik

Sekiranya terdapat sebarang konflik antara Dasar Privasi dalam Bahasa Inggeris dengan Dasar Privasi dalam Bahasa Malaysia, terma-terma Notis dalam Bahasa Inggeris adalah terpakai.

Berkuat kuasa pada 25 November 2019

 

Have more questions? Submit a request

Comments

0 comments

Article is closed for comments.